Friday, 16 November 2012
Hanya Tuhan Y Tahu
Semenjak dua menjak ni hati aku berbunga2 je...Hehe^^... Suka layan perasaan..... Tahu x itu tandanya apa???? X yah cite kan, rasanya sume orang dah tahu itu tandanya apa... ( rasa cam nak senyum sepanjang hari je:).. Hanya Tuhan je y tahu perasaan sebenar aku dan hanya DIA y dapat tolong aku kawal perasaan ni... Bagi aku perasaan ni merupakan satu ujian y berat :( Help..Help..
Thursday, 15 November 2012
ASMA' BINTI ABU BAKAR
Riwayat Hidup Asma'
* Nama sebenarnya Asma' Binti Abu Bakar
* Termasuk kelompok wanita y pertama masuk Islam ketika berumur 27 tahun dan wanita pertama y masuk ke kota mekah .
* Merupakan anak kepada Abu Bakar dan kakak kandung kepada Saidatina Aisyah.
* Asma' ikut dalam Perang Yarmuk bersama suaminya, Az-Zubair, dan menunjukkan keberaniannya y baik.
* Dgelar sebagai "dzatun nithaqain" y membawa maksud wanita y mempunyai dua ikat pinggang.
Sumbangan Dan Pengorbanan Asma'
* Berani menentang musuh semasa perang.
* Menyediakan makanan kpd para tentera peperangan.
* Wanita y sanggup berkorban.
* Wanita y merawat tentera semasa peperangan.
* Memberi sedekah kpd y memerlukannya.
Keperibadian Asma'
* Teguh Iman
* Sabar dan tabah
* Taat kpd Allah
* Cerdas
* Cantik
* Semangat y kuat
* Berani
* Dermawan
Friday, 9 November 2012
Kenyataan Nurul Izzah Dmanipulasi - Imam Muda Asyraf
Kenyataan Nurul Izzah Dimanipulasi Supaya Nampak Teruk- Imam Muda Muhammad Asyraf Ridzuan:
Ada pihak sengaja memperbesarkan isu murtad dan kebebasan beragama supaya nampak teruk dan dijadikan topik hangat, sedangkan ia adalah perkara biasa yang sering dibincang dalam majlis ilmu.
Asyraf berkata, dalam Islam, tiada tuntutan untuk memaksa orang lain percaya dengan keyakinan dan pendapat seseorang.
Thursday, 8 November 2012
Pintu Syaitan d Hati Manusia
"Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya' Ulum al-Din menjelaskan bahawa antara pintu2 syaitan d hati manusia ialah sifat marah. Imam al- Ghazali menyatakan "Apabila seseorang marah maka syaitan akan mempermain-mainkannya sebagaimana kanak2 bermain dgn bola".
Friday, 2 November 2012
Thursday, 1 November 2012
LHDN!!! I'm Coming.....
Alhamdulillah.. Sekarang ni aku berkhidmat di LHDN.. Walaupon hanya kontrak tp cukup untuk aku kumpul pengalaman.... Hanya 29 orang saja y terpilih dari 100 orang lebih y hadir temuduga.... Betapa beruntungnya aku..hehe.... Tetapi hakikatnya hanya y ada kabel saja y terpilih termasuk aku...
Time laporkan diri aku x kenai sapa2 pon.... So aku belasah je la sembang ngan sapa2 y aku nak sembang.... Klu y nampak kerek sgt, aku wat bodo je.. aku malas nak layan orng y camtu... ok, teremo plak.... X kisah la orang nak kerek ngan aku ka, asalkan hujung bulan aku dpt gaji pastu blh shopping... Satu lg prinsip aku, pakai camne pon x pe, janji keje smart.... Klu pakai baju pasar mlm pon tp keje tip top, tetap orang pandang tinggi... Klu pakai lawa2 pastu nak kontrol2 ayu, haha.. bek dok kat umah ja... sakit mata y memandang... Klu blh biarlah seiring.... Pakai hebat, keje tip top, barula meletop....
Kan best dpt pakai cantik2 camni pastu keje berintegriti... Bahagia hidup
dunia dan akhirat...
Tuesday, 23 October 2012
Kepada Panganggur, " Don't Give Up"
Syukur Alhamdulillah Ya Allah.... Dalam satu hari aku dapat 2 interview and I got one of that job... Walaupon dapat keje biasa2 ja, its ok... Sekurang-kurangnya, akan menjadi titik permulaan kepada aku untuk aku dapat keje y lebih baik... Dengan pengalaman y aku ada, peluang untuk mendapat kerja y lebih baik cerah.... Biar la orang nak kata apa, y penting aku tahu hidup aku... Interview y pertama dgn LHDN dan y kedua dgn Kedai Motosikal... Aku harap gak dpt LHDN.. Walaupon keje sambilan, at least bila dah kat bawah LHDN, senang la aku nak minta keje tetap nnti... Setahun lebih aku menganggur.... Usah tanya la perasaan masa tu, sgt sedih... Tgk kwn2 lain dah pakai kete.. Y aku ni masih terhinjut2 cari keje.... Bila2 d pk2 balik, x perlu la nak jeles sgt kat diorang... Diorang hbs SPM je terus keje.... Y aku ni, hbs SPM sambung Diploma pastu Degree.... Biar Lambat Asalkan Selamat... Y penting nasihat aku, " Don't Be Give Up". Rezeki Allah kat mana2... Insyallah... Berpuluh2 permohonan aku hantar tapi senyap je.... Sedih tu memang la.... Ada satu masa tu sampai aku dah give up, tapi nasib baiklah ada mak aku.. Dia y selalu nasihatkan aku ..... Doa ialah senjata terbaik orang mukmin .... So, gunakanlah senjata y ada tu dgn sebaik-baiknya.... Memang la orang cakap, ada kabel blhla.... Tapi kuasa Allah mengatasi segala-galanya..... Kalau kabel panjang mana pon, selagi Allah x izinkan, ia tetap x akan berlaku.... Teruskan Berusaha, Y Terbaik Untuk Kita....
- Juga pesanan Untuk Diri Sendiri-
Friday, 19 October 2012
Takziah Buat Khyril Muhymeen
Takziah kepada Khyril Muhymeen Zambri kerana bonda beliau telah meninggal dunia malam tadi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar....Semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang beriman .... Kepada sahabat-sahabat, sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah kepada bonda KM18..
Al-Fatihah...
Monday, 15 October 2012
GLOBAL IKHWAN.. SESATKAH????
Sebenarnya jauh d lubuk hati aku, aku sgt2 mengagumi al-arqam / Rufaqa / Global Ikhwan...Kenapa???? Klu d lihat balik, ekonomi diorang hebat, semangat dakwah diorang pon tinggi, ukhuwah antara jemaah sgt rapat..... Pendek kata hebat2 belaka la....Cuma sayang, aqidah diorang terpesong ckit ( Cuba lihat post aku sebelum2 ni fasal kesesatan mereka )... d sebabkan kekaguman itulah, semenjak 2 menjak ni aku asyik search fasal diorang.... FB anak2 Abuya aku korek2 untuk mengetahui perkembangan diorang sekarang.... Kat bawah ni cite fasal Global Ikhwan ( Nama sekarang ) y aku dapat dari blog seorang sahabat.... Teruskan membaca ye...
"Al-Arqam adalah antara pertubuhan ajaran sesat yang paling lama hayatnya di Malaysia. Pertubuhan sesat ini mampu bertahan sebegitu lama kerana kebijaksanaan pemimpinnya mengatur strategi. Lihat sahaja, apabila Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan pertubuhan itu pada 5 Ogos 1994, kerana ajarannya bertentangan dengan akidah dan syariah Islam, maka berkali-kali mereka melakukan penjenamaan semula demi kelangsungan hayatnya. Di Tukar nama kepada Rufaqa dan terkini dikenali sebagai Global Ikhwan.
Jadi, sebagai umat islam, kita usah terkeliru sebab, apa sahaja nama yang digunapakai mereka tetap sama, iaitu sesat dan merosakkan akidah. Mereka tetap mendewa-dewakan insan yang sama, iaitu Syeikh Muhamad As-Shuhaimi, Asaari Muhammad dan Hatijah Aam. Inilah 'Tuhan-Tuhan' mereka.
Sila tonton Klip video di bawah dan nilailah sendiri betapa sesatnya ajaran yang dibawa oleh penganut agama Global Ikhwan. Kesesatan yang membatalkan akidah:
Intipati Klip Video di atas ialah:
- Ashari Muhammad atau Abuya telah dinaikkan taraf sebagai Nabi dengan gelaran Rasulullah Saidi Abuya. Jika sebelum ini Ashari Muhammad hanyalah dianggap sebagai Imam Mahdi, namun sesudah mati beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Rasulullah. Mulia sungguh Abuya ni, bayangkanlah Seniman Agong P.Ramlee setelah meninggal dapat gelaran Tan Sri jer, tapi Abuya dapat gelaran Rasulullah Saidi Abuya...
- Pengajaran penting dari klip video ini ialah kita perlu memerangi kumpulan Nasyid Shoutul Ikhwan tajaan Global Ikhwan sebab mereka adalah kader-kader ajaran sesat yang cuba melebarluaskan ajaran sesat tersebut menerusi nasyid.
- Kita juga perlu memboikot Hotel RSA yang beroperasi di Jalan Sri Cemerlang Kota Bharu kerana kemungkinan ia dimiliki oleh penganut ajaran sesat Global Ikhwan."
Thursday, 11 October 2012
Pakai Tudung Perangai Teruk
"Eleh...ingat pompuan y pakai tudung tu baik sgt ke.... Kadang2 pompuan y pakai tudung ni perangai lbh buruk dr y x pakai"..... Kata2 ni selalu kita dgr kan.... d sebabkan perangai seseorang tu, tudung d salahkan.... Ni cek nak habaq ckit la noh, pompuan y pakai tudung ni b'usaha untuk taat perintah Allah.... (Ko ade????) B'usaha untuk jadi y lebih baik... Semua orang mempunyai perangai buruk masing2.... suka mengata, x suka tegur orang, memfitnah, malas dan macam2 lagi la.... Klu seseorang tu berusaha untuk taat kpd ajaran agama insyaallah, orang tu jugak akan berusaha untuk mengubah perangai buruknya tadi ...
Satu lg nak habaq ni..... Orang y pakai tudung ni dpt pahala besar sebab dah menunaikan kewajipan sbgai muslim... So, bila dia berperangai buruk, Allah akan tolak sedikit pahalanya.... Kalau nak d bandingkan dgn y x pakai tudung tp baik orangnya, cube pk.... Budak ni dah dpt dosa besar sbb satu drpd tanggungjwbnya kpd agama tdk d tunaikan.... Tp pahala y dia dpt sebab berperangai baik tdklah sebesar pahala untuk orang y memakai tudung...
Pahala Orang y pakai Tudung > Pahala Orang y Buat Baik
Dosa orang x pakai tudung > Dosa orang y x berbuat baik
Cuba kita tgk sabda nabi:
Satu lg nak habaq ni..... Orang y pakai tudung ni dpt pahala besar sebab dah menunaikan kewajipan sbgai muslim... So, bila dia berperangai buruk, Allah akan tolak sedikit pahalanya.... Kalau nak d bandingkan dgn y x pakai tudung tp baik orangnya, cube pk.... Budak ni dah dpt dosa besar sbb satu drpd tanggungjwbnya kpd agama tdk d tunaikan.... Tp pahala y dia dpt sebab berperangai baik tdklah sebesar pahala untuk orang y memakai tudung...
Pahala Orang y pakai Tudung > Pahala Orang y Buat Baik
Dosa orang x pakai tudung > Dosa orang y x berbuat baik
Cuba kita tgk sabda nabi:
Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan
ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang
gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar.
Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh
lebih baik darinya, lalu dia berusaha mengikutinya, dan dalam hal
keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga
ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (HR At-Tirmidzi)
p/s : Klu ada y salah tolong tegur ye^^
Friday, 5 October 2012
Thursday, 4 October 2012
Kain Terkoyak!!!
Vblogger Mat Luthfi
Beberapa minggu lepas sepupu aku ada cite, masa kat perhentian tapah, anak perempuan dia ada nampak mat Luthfi... Apalagi, berlari2 la anak dia tu sebab nak tgk Mat Luthfi... Dapat tgk @ x itu aku x pasti... Pastu dlm keta time balik, anak dia dgn xcitednya cita fasal mat luthfi kat sepupu aku ni.. Mati kutu la sepupu aku sebb dia x kenal pon sape Mat Luthfi... Tapi last2 sepupu aku tau jugak sapa Mat Luthfi..... Macam ni la anak2 zaman moden katanya.....
Sape2 y x kenal g Mat Luthfi, ni la dia...
Cerita Arif Waziff
Apa y berlaku petang tadi benar2 bagi pengajaran kat aku... Alkisahnya, aku bawak la anak sedara aku p kedai petang tadi....Pas tu ada budak sekolah kat kedai tu, dia jadi malu n x nak jalan... Aku pon buat2 la tinggalkan dia... ala tinggalkan pon x la jauh sgt, cuma satu tapak je... Aku ingatkan dia nak lari dptkan aku tp rupa-rupanya dia lari ke arah jalan besar.... naik terkejut aku.. dah la ada kereta time tu ... apa lagi, aku cepat2 lari dapatkan anak sedara aku tu... Naseb baek aku cepat.... Klu x, nauzubillah, x tau la aku nak cakap... Masa anak sedara aku tu lari, ada mak cik sorang ni menjerit... Ye la, mesti m.cik tu pon terkejut... Tu pon naseb baek aku parking jauh ckit dari jalan... Kalau la aku parking depan kedai, alamatnya, haish..... Kepada kita y dewasa ni, berhati-hati la ye bila bawak anak2 kecil kuar.... Mereka tanggungjawab kita....
Arif waziff |
Ni la si nakal tu:) |
Monday, 1 October 2012
Khusyuk dalam solat
Rata2 antara kita ni jarang khusyuk bila dlm solat......betul x????? Apa penyebab kita x khusyuk dlm solat???? jawapannya syaitan..... Dalam solat la kita akan ingat barang y tertinggal, makanan sedap2, api dapur x tutup, kerja sekolah x siap lagi dan macam2 lagi la..... Sbb tu orang ada cakap klu ada barang y hilang, dalam solat nnt kita akan ingat la kat mana kita letak barang tu... Itulah permainan syaitan y x henti2 nak sesatkan umat manusia....
Lagi 15 tip y mudah untuk kekal khusyuk dalam solat...
1. Mendirikan sembahyang pada awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak terlalu tergopoh gapah apabila masa hampir habisnya waktu sembahyang itu.
2. Hendaklah kita menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
3. Untuk menjauhkan pemikiran tidak meliar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan solat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami, pengertian bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Hal ini kerana, bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang mendalam, halus yang patut diketahui oleh orang yang melaksanakannya.
5. Rukun-rukun solat hendaklah dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi/fokus (Khudunul Qolbih), menyedari bahawa Allah sedang memperhatikan sembahyang itu.
6. Rasa Malu (Haya’) perasaan malu terhadap Allah S.W.T., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah S.W.T.
7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah S.W.T menerima solat dan amal kita.
8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
9. Mendirikan sembahyang secara berjemaah (sangat digalakkan).
10. Mengambil wuduk dengan sempurna (ambillah perkara yang sunat sekali).
11. Membesarkan Allah S.W.T dalam solat, merasakan kehebatan Allah S.W.T dalam solat.
12. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran. Serta elakkan penggunaan sejadah yang mempunyai lambang salib, kadang-kadang ia mengelirukan.
13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan,kaki dan juga mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari. Sah sembahyang itu, jika kita melihat tempat-tempat lain. Cumanya, pahala akan berkurang dan orang di sekeliling akan mula pelik, dan tertanya-tanya. Mungkin cabaran buat yang sedang sembahyang, tiba-tiba digigit oleh nyamuk.
14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
15. Sebolehnya elakkan memakai pakaian yang bergambar,berwarna-warni, bertulis, ada lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah. Contohnya,”Eh, baju Machester United tuh, kira satu geng dengan aku tuh”. Kan dah hilang fokus!!
- Ada jugak kadang2 tu tgk orang solat macam nak berlari je....Laju bebeno-
Ni antara kaedah2 y kita blh pakai untuk kekal khusyuk dalam solat.....
Lagi 15 tip y mudah untuk kekal khusyuk dalam solat...
1. Mendirikan sembahyang pada awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak terlalu tergopoh gapah apabila masa hampir habisnya waktu sembahyang itu.
2. Hendaklah kita menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
3. Untuk menjauhkan pemikiran tidak meliar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan solat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami, pengertian bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Hal ini kerana, bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang mendalam, halus yang patut diketahui oleh orang yang melaksanakannya.
5. Rukun-rukun solat hendaklah dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi/fokus (Khudunul Qolbih), menyedari bahawa Allah sedang memperhatikan sembahyang itu.
6. Rasa Malu (Haya’) perasaan malu terhadap Allah S.W.T., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah S.W.T.
7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah S.W.T menerima solat dan amal kita.
8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
9. Mendirikan sembahyang secara berjemaah (sangat digalakkan).
10. Mengambil wuduk dengan sempurna (ambillah perkara yang sunat sekali).
11. Membesarkan Allah S.W.T dalam solat, merasakan kehebatan Allah S.W.T dalam solat.
12. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran. Serta elakkan penggunaan sejadah yang mempunyai lambang salib, kadang-kadang ia mengelirukan.
13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan,kaki dan juga mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari. Sah sembahyang itu, jika kita melihat tempat-tempat lain. Cumanya, pahala akan berkurang dan orang di sekeliling akan mula pelik, dan tertanya-tanya. Mungkin cabaran buat yang sedang sembahyang, tiba-tiba digigit oleh nyamuk.
14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
15. Sebolehnya elakkan memakai pakaian yang bergambar,berwarna-warni, bertulis, ada lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah. Contohnya,”Eh, baju Machester United tuh, kira satu geng dengan aku tuh”. Kan dah hilang fokus!!
- Ada jugak kadang2 tu tgk orang solat macam nak berlari je....Laju bebeno-
Sunday, 30 September 2012
Jgn Zalim Kepada Diri Sendiri
Santek kan akak2 ni pakai tudung..hihi...Tapi2.... cuba tgk tudung y diorang pakai tu tutup kpl je ke @ tutup sume aurat.... nasihat aku kan, klu nak pakai tudung, biar betul2 ... Klu setakat nak tutup kpl je, baik x yah pakai.. Dapat dosa gak.... Pakai tudung x wajib tp tutup aurat itu wajib... X salah pon klu kita nak berfesyen.... Nak belit sampai 10 kali pon Islam x larang tp biarlah tutup keseluruhan aurat... Apa guna klu berfesyen sana, berbelit sini jika aurat masih kita amek ringan... X blh d nafikan orang perempuan ni suka bercantik2 tapi biarlah ikut garis panduan y Islam tetapkan... Alang2 dah pakai tudung, apa kata labuhkan ckit.. X susah pon.... Dapat pahala lagi.... Jgn kita jadi zalim kpd diri sendiri...
Sejuk mata memandang....
Sejuk mata memandang....
Bajet Orang Muda
Haa.. sapa nak ulas fasal bajet ni... Aku x pandai sangat... Sebenaqnya Tuan PM x yah nak melabur byk sgt.... Hanya turunkan harga barang pon da OK ( Bagi aku La)....
Yang pasti umur 21 ke atas akan tersenyum sbb dpt RM 250 hinggit( Tahan berapa lama tu???)... Bl d pk2 balik kenapa umo 21 ke atas??? Oh lupa lak.. Sbb diorang ni da layak mengundi :p
haha.... Kenapa sedih???? Bajet untuk penganggur x de.... Dompet pon kosong.... Beratus2 permohonan d hantar tp senyap sunyi je.... Bagi keje kat kroni...( Kawan aku punya cite:p)
Saturday, 29 September 2012
Jodoh Rahsia Allah
Selalunya apa soalan cepumas untuk perempuan2 y dah berusia 20-an.. apa lagi, bila nak kawin la...hehe... Mesti malas nak jawab kan soalan mengarut cam ni.... Dan aku rasa jwapan y terbaik y kita boleh bagi, " Insyaallah, Allah masih rahsiakan lagi tarikh bahagia tu":)... Sure x tanya dah lepas tu ( Tapi orang kita ni susah nak agak ckit, blh jadi hari2 dia tanya)
Haa.... Y pakai macam ni la mak cik2 teringin nak wat menantu..hihi..Comel gitew.. |
Tujuan Berblogging
Tujuan aku berblogging ni hanyalah untuk suka2.....Bukannya apa, kadang2 tu rasa nak luahkan sesuatu tapi x tahu nak luahkan kat sesape... Makanya, aku create blog untuk meluahkan apa y aku rasa.. Bukannya selalu aku terasa nak cita kat orang, cuma kekadang ja sbb selalunya aku rasa x perlu nak luahkan sgt kat orang...annoying kan.... hihi.... sbb tu jugaklah kadang2 blog aku ni mcm berhabuk ckit... Malas nak kemaskan... aku buka bila aku perlukan je... Pas tu ayat pon carca marba... Klo exam memang dah fail...huhu... k la, otak da jam..
assalamualaikum..bye...
assalamualaikum..bye...
Kubur Masing-Masing
Pernah x korang hadapi situasi bila korang tegur someone x tutup aurat ke, x sembahyang ke atau lain2 hal, someone tu jawab, " biaq la, kubuq masing2".... haaa... Untuk kes orng y berlagak camni, ayat y paling best, " memang la kubuq masing2, tp bl hang mati nnt, kena orang gak y mandikan hang, kafankan ang, kebumikan ang.... Lain la kalau mayat ang boleh tergolek sendiri masuk dalam kubuq"..... Comform telan air liur orang tu.... hihi...
- Just Sharing -
- Just Sharing -
Thursday, 27 September 2012
Aku x Tahu Apa Itu Pro M dan Aspirasi
Apa itu Pro Mahasiswa dan Aspirasi???? Sebagai x-student UiTM, aku rasa sgt teruk la sbb aku x tahu pon apa itu Pro M dan Aspirasi... Bila d canang2 fasal PRK kat FB, baru aku dapat info fasal tu sume... Aku rasa bukan salah aku pon x tahu apa itu Pro M dan Aspirasi.. Sebabnya PRK kat UiTM biasa2 je... x de la meriah sgt... Kadang2 y kita undi tu pon kita x kenal sape... sekadar memenuhi tanggungjawab untuk mengundi je... YDP pon x kisah la sape y jadi.... Pelik gak bila tgk keputusan pilihanraya kat UiTM aspirasi menang..... setahu aku kat Uitm x de tu sume... Haish.. Pening aku... Kalau korang nak tau apa itu Pro M dan Aspirasi, please tanya en. google ye....
Assalamualaikum...
Assalamualaikum...
Thursday, 20 September 2012
Pergi x Kembali
Al-fatihah buat arwah bapa saudaraku y telah pergi mengadap ilahi pagi tadi d sebabkan serangan jantung.... Mudah-mudahan arwah d tempatkan bersama orang2 y beriman...
Tuesday, 18 September 2012
Kalau Tuhan D Kenali - Mawaddah
- Hari ni tgh belek2 youtube, tetiba jmpa video ni... Sayu je bila dgr.... Rindu kat group mawaddah.... Enjoy ya dgn pengisian rohani ni -
Monday, 17 September 2012
Ingatlah Mati
Kematian blogger remaja, arwah Yasmin J Hunwick benar2 menginsafkan aku. Arwah meninggal semasa dia bersama 2 orang lagi rakannya hendak membuat pusingan U dgn menaiki motosikal. Sebenarnya aku pon x berapa kenal arwah ni sape, tapi aku ada terbaca fasal arwah kat FB... So, aku ada la search blog dia. Sedih je bila baca balik blog arwah.. periang budaknya (aku agak dari gaya tulisannya)..
Kejadian ni buat aku terpikir, macam mana keadaan aku d "sana" kelak...Dah cukup ke amalan aku???? Bila d fikir-fikirkan balik, aku bersyukur sebab ada parent y "kongkong" aku dari segi pemakaian , pergaulan & macam2 lagi.. Biarlah mak ayah aku x sporting macam mak ayah orang lain, asalkan hidup aku aman dan bahagia d "sana" kelak....Sebelum ni aku selalu gak pertikai sikap diorang ni tp ternyata aku clap.. Aku x sepatutnya pertikaikan tindakan diorang bahkan aku patut berterima kasih... Biarlah aku d labelkan sbgai seorang y kuno, x ikut peredaran fesyen, ketinggalan zaman & bermacam2 label lagi... Kepada y blom smbhyang cukup 5 waktu, cukup-cukupkanlah.. Kepada y masih blom tutup aurat lagi, tunaikanlah kewajipan tu...... kpd y selalu tinggalkan Al-Quran, segeralah mendekati isi kandungannya... Selalulah ingatkan mati... Mati x mengenal usia.. Jgn bila kita dah d ambang maut, baru nak nyesal.. Masa tu penyesalan dah x berguna.
- Al-fatihah untuk arwah yasmin-
Kejadian ni buat aku terpikir, macam mana keadaan aku d "sana" kelak...Dah cukup ke amalan aku???? Bila d fikir-fikirkan balik, aku bersyukur sebab ada parent y "kongkong" aku dari segi pemakaian , pergaulan & macam2 lagi.. Biarlah mak ayah aku x sporting macam mak ayah orang lain, asalkan hidup aku aman dan bahagia d "sana" kelak....Sebelum ni aku selalu gak pertikai sikap diorang ni tp ternyata aku clap.. Aku x sepatutnya pertikaikan tindakan diorang bahkan aku patut berterima kasih... Biarlah aku d labelkan sbgai seorang y kuno, x ikut peredaran fesyen, ketinggalan zaman & bermacam2 label lagi... Kepada y blom smbhyang cukup 5 waktu, cukup-cukupkanlah.. Kepada y masih blom tutup aurat lagi, tunaikanlah kewajipan tu...... kpd y selalu tinggalkan Al-Quran, segeralah mendekati isi kandungannya... Selalulah ingatkan mati... Mati x mengenal usia.. Jgn bila kita dah d ambang maut, baru nak nyesal.. Masa tu penyesalan dah x berguna.
- Al-fatihah untuk arwah yasmin-
Wednesday, 12 September 2012
HAK BERMAIN HAK ANDA
Pasti ramai y setuju klu aku cakap zaman kanak2 dulu dan kini sgt berbeza... Skrng ni aku dah x nampak budak2 main tuju tin, tuju kasut, batu seremban, congkak dan macam2 lagi permainan... Rindu aku dgn zaman kanak2.... Pilih team sendiri bila nak main, pastu boleh lari2, klu nak hentikan permainan tu cakap "cup", buat bola sendiri ( guna pasir, plastik, getah, kertas), klu x puas hati kat seseorang tu, baling bola tu kuat2 n last2 gaduh..... hehe..biasa la tu, budak2..... Selalunya aku y suka gaduh ngan orang
Selalunya lepas habis kelas kafa, budak2 kg akan berkumpul kat tempat y d janjikan.... Lagi ramai lagi best..... X kisah la lelaki @ perempuan, sume main... tapi budak2 kecik leh jadi penonton ja la... bagi aku dalam sume2 permainan ni, tuju tin la paling best sebab agak mencabar nak susun tin2 tu.... Seeloknya main kat tempat y lapang. Boleh lari jauh2. baru la pecah peluh.... Tuju kasut lagi senang la nak main sebab x payah susah2 nak cari,guna kasut sendiri pon blh. Klu tuju tin, nak kena cari tin pastu kena kumpul byk2.
Aku sedih tgk budak2 sekarang, main ntah apa2.. Main api, ngadap tv tgk cite kartun, ngadap komputer.. x kreatif budak2 skrang ni... Klu dulu2, mesti pk nak main apa... Bila besar nnti diorang x de pengalaman y best2 untuk d kenang balik.
Bukan setakat main tuju2 ja, aku jugak pernah pegi sawah cari ikan, seberang parit y x de titi, masuk hutan dan macam2 lagi la.... Aktif betul aku time budak2..... Bersyukur aku jadi budak kampung...Dah macam2 aku tempuh..... Klu la blh d kembalikan zaman kanak2 aku, mesti aku x lepaskan peluang ni..... Kepada budak2 sekarang, jgn sia-siakan masa kanak2 anda.... MAIN DGN SEPUAS-PUASNYA... HAK BERMAIN HAK ANDA:)
Selalunya lepas habis kelas kafa, budak2 kg akan berkumpul kat tempat y d janjikan.... Lagi ramai lagi best..... X kisah la lelaki @ perempuan, sume main... tapi budak2 kecik leh jadi penonton ja la... bagi aku dalam sume2 permainan ni, tuju tin la paling best sebab agak mencabar nak susun tin2 tu.... Seeloknya main kat tempat y lapang. Boleh lari jauh2. baru la pecah peluh.... Tuju kasut lagi senang la nak main sebab x payah susah2 nak cari,guna kasut sendiri pon blh. Klu tuju tin, nak kena cari tin pastu kena kumpul byk2.
Aku sedih tgk budak2 sekarang, main ntah apa2.. Main api, ngadap tv tgk cite kartun, ngadap komputer.. x kreatif budak2 skrang ni... Klu dulu2, mesti pk nak main apa... Bila besar nnti diorang x de pengalaman y best2 untuk d kenang balik.
Bukan setakat main tuju2 ja, aku jugak pernah pegi sawah cari ikan, seberang parit y x de titi, masuk hutan dan macam2 lagi la.... Aktif betul aku time budak2..... Bersyukur aku jadi budak kampung...Dah macam2 aku tempuh..... Klu la blh d kembalikan zaman kanak2 aku, mesti aku x lepaskan peluang ni..... Kepada budak2 sekarang, jgn sia-siakan masa kanak2 anda.... MAIN DGN SEPUAS-PUASNYA... HAK BERMAIN HAK ANDA:)
Tuesday, 11 September 2012
Hukum Mencukur Bulu Kening
- Pelik aku dgn pendakwah wanita sekarang ni.... Kening nipis bukan main... Mekap nauzubillah, tebal seinci.. Macam mana la nak berdakwah dekat orang lain -
Monday, 10 September 2012
Saturday, 8 September 2012
Thursday, 6 September 2012
Tuesday, 4 September 2012
Saturday, 1 September 2012
Friday, 31 August 2012
Jantung Pisang Makan Petang
Biasanya jantung pisang ni orang buat masak lemak @ ulam.... Tapi bagi aku plak aku jadikan jantung pisang ni makan petang.... x perlu masak, just gaul2 je...
Bahan2
Jantung Pisang ( 1 Jantung)
Cili ( 3-4 biji)
Gula ( 4 sudu besar)
Garam ( secukup rasa
Belacan ( secukup rasa)
Cuka (Secukup rasa)
Cara2
1. Potong jantung pisang ( kecil2). Rendamkan dgn air garam supaya hilang rasa pahit..
2. Tumbuk cili, gula, garam dan belacan..Tumbuk sehingga lumat..
3. Tumbuk jantung pisang.. X perlu sampai lumat..
4. Gaulkan sume bahan2 y tlh d tumbuk td.
5. Akhir sekali masukkan cuka secukup rasa..
- Lepas makan ni, comfirm dahaga air-
Buah Hutan
Buah cenderai
Buah Senduduk
Kenal x buah y kat atas ni???? Pernah tgk x??? haaa... Budak2 bandar comfirm x pernah tgk.... Aku membesar dgn buah ni la kat kg.... x de la sampai jadi makanan ruji tp selalu jgk la aku makan buah ni..... Sebenarnya pengalaman aku sbgai budak kg sgt best.... Tempat main aku selalunya kat dlm hutan.... x de la hutan besar macam amazon tu, just hutan kecil belakang umah.... Dan bila kat dalam hutan tu buah ni la aku selalu makan... Sekarang ni entah ada entah tidak sebab aku dah jarang masuk hutan tu...
Buah cenderai tu sedap, manis... Tapi jgn amek y kering la sebab tawar....Buah cenderai y blom masak blh buat peluru cakplong... Cakplong???? ape tu??? Haa....mesti korang x pernah tgk kan...
Ni la cakplong....
Fungsi cakplong ni macam senapang la..Untuk menembak.. Tapi x de la hebat macam senapang... Yang buah senduduk tu plak, lepas kita makan, sure lidah akan jadi purple... Aku rasa budak2 sekarang ni dah x kenal buah ni sume.... Maklumlah, zaman dah semakin moden.... Stay kat umah men game...Apa class...
- Klu cari kat Tesco, sure x de-
Buah Senduduk
Kenal x buah y kat atas ni???? Pernah tgk x??? haaa... Budak2 bandar comfirm x pernah tgk.... Aku membesar dgn buah ni la kat kg.... x de la sampai jadi makanan ruji tp selalu jgk la aku makan buah ni..... Sebenarnya pengalaman aku sbgai budak kg sgt best.... Tempat main aku selalunya kat dlm hutan.... x de la hutan besar macam amazon tu, just hutan kecil belakang umah.... Dan bila kat dalam hutan tu buah ni la aku selalu makan... Sekarang ni entah ada entah tidak sebab aku dah jarang masuk hutan tu...
Buah cenderai tu sedap, manis... Tapi jgn amek y kering la sebab tawar....Buah cenderai y blom masak blh buat peluru cakplong... Cakplong???? ape tu??? Haa....mesti korang x pernah tgk kan...
Ni la cakplong....
Fungsi cakplong ni macam senapang la..Untuk menembak.. Tapi x de la hebat macam senapang... Yang buah senduduk tu plak, lepas kita makan, sure lidah akan jadi purple... Aku rasa budak2 sekarang ni dah x kenal buah ni sume.... Maklumlah, zaman dah semakin moden.... Stay kat umah men game...Apa class...
- Klu cari kat Tesco, sure x de-
Thursday, 30 August 2012
Biodata Tunku Abdul Rahman
Dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar,
Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin,
Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak
yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah,
Sultan Kedah yang ke-24. Bondanya Cik Menyelara,
seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah gahara,
ialah anak perempuan Luang Naraborirak (Kleb),
seorang pegawai daerah Thailand. Kelahiran Tunku disambut secara
biasa sahaja kerana beliau bukan bakal pengganti Sultan Kedah.
Pengganti Sultan Kedah, Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid,
telah pun berumur 30 tahun ketika itu
Pendidikan :
1911 - Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar.
1916 - Penang Free School, Penang.
1925 - Lulus B.A. dari University Cambridge.
1945 - Lulus LLB, dari Inner Temple, London.
1903: Dilahirkan pada 8 Februari di Istana Tiga Tingkat,
Alor Setar yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin.
1913 (umur 10): Beliau dihantar ke Bangkok untuk menetap
bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid,
iaitu abang sulung Tunku Abdul Rahman.
Tunku belajar di Sekolah Debsirindir, Bangkok.
1916 (umur 13): Pulang ke Kedah dan memasuki
Penang Free School.
1919 (umur 16): Belajar di England.
1925 (umur 22): Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera
(Sejarah) dengan bantuan dan kerjasama dari sahabatnya Taib Andak.
1927 (umur 24): Dihantar semula ke England untuk
belajar undang-undang di Universiti Cambridge kerana keluarganya
tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu.
1930 (umur 27): Lulus semester pertama, jurusan
undang-undang di Inner Temple.
1931 (umur 28): Berkhidmat sebagai pegawai latihan di
Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah dengan gaji sebanyak
RM300.00 sebulan, dan kemudiannya sebagai
Penolong Pegawai Jajahan di Kulim.
1932 (umur 29): Berkhidmat sebagai Pegawai Jajahan
di Kuala Nerang.
1933 (umur 30): Berkahwin dengan Mariam, gadis kacukan
Cina-Siam, anak tauke lombong Cina di Alor Setar. Akhir 1933,
Mariam melahirkan anak perempuan dan dinamakan
Tunku Khatijah ibni Tunku Abdul Rahman. Kemudian anak lelaki
bernama Tunku Ahmad Nerang ibni Tunku Abdul Rahman.
1934: Mariam meninggal dunia kerana penyakit malaria di Kuala Nerang,
Kedah. Tunku berkahwin dengan kekasih lamanya
Violet Coulson di Geylang Serai, Singapura.
1935 (umur 32): Dipindahkan ke Pulau Langkawi oleh Penasihat British,
Clayton. Selain itu , perkahwinan Tunku dengan
Violet kurang direstui.
1937 (umur 34): Bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani.
Beliau juga bertindak sebagai hakim daerah Sungai Petani dan
Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani.
1938 (umur 37): Pergi ke England buat kali ke-3 untuk
menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang.
Antara temannya ialah Saadon Zubir. Tunku berbaik semula
dengan isterinya yang telah diceraikan , Violet Coulson.
1939 (umur 36): Kembali ke Kedah kerana ada berita perang
akan meletus di Eropah.Berkahwin dengan
Syarifah Rodziah binti Syed Barakbah .
Syarifah Rodziah Syed Syeikh Barakbah ialah
adik rakan sekuliahnya di England iaitu Syed Omar Barakbah.
Perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun.
1940 (umur 37): Dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan
Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.
1941 (umur 38): Jepun menyerang Kota Bharu ,
Kelantan pada 8 Disember.
1947 (umur 44): Berangkat semula ke England untuk
menyambung pengajian * 1948 (umur 45):
Dipanggil ke bar di Inner Temple.
1949 (umur 46): Pulang ke Tanah Melayu. Pada mulanya,
beliau dihantar ke pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star.
Kemudian beliau memohon untuk bertukar ke Kuala Lumpur.
Di Kuala Lumpur, Tunku menjadi Timbalan Pendakwa Raya
dan kemudiannya, dilantik sebagai Presiden Mahkamah Sesi.
1946: Menyertai UMNO.
1951 (umur 48): Menjadi Presiden UMNO pada Oktober sewaktu
Datuk Onn Jaafar meletakkan jawatan. Menganjurkan
Pertandingan Membaca Al-Quran peringkat negeri
yang pertama di Kedah.
1954 (umur 51): Mengetuai satu rombongan ke England untuk
berbincang bagi menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu,
tetapi kunjungan itu tidak berhasil.
1955 (umur 52): Pilihan raya persekutuan umum yang
pertama diadakan, dan Parti Perikatan(Barisan Nasional)
memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.
Dengan majoriti ini, Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai
Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama.
Satu lagi rombongan ke London diadakan.
1956 (umur 53): England bersetuju untuk memberikan kemerdekaan
kepada Tanah Melayu. Sebaik pulang dari England,
Tunku mengisytiharkan berita gembira ini buat
kali pertamanya pada 20 Februari di Bandar Hilir, Melaka.
1957 (umur 54): Persekutuan Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos. Memperkenalkan
kejohanan Pestabola Merdeka,
yang merupakan pertandingan bolasepak antarabangsa.
1958 (umur 55): Dilantik sebagai Presiden pertama
Asian Football Confederation (AFC) (1958 – 1976).
1960 (umur 57): Menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM),
sebuah pertubuhan untuk membantu golongan mualaf dalam
menyesuaikan hidup baru sebagai Muslim.
1961 (umur 58): Memulakan penubuhan Association of
Southeast Asia (ASA) yang menggabungkan Tanah Melayu,
Thailand dan Filipina. Menjadi tuan rumah Pertandingan
Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang pertama.
1963 (umur 60): Membentuk Malaysia pada 16 September,
apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura,
Sarawak dan Borneo Utara (sekarang Sabah).
1967 (umur 64): ASA dibubarkan untuk memberi laluan kepada
persatuan yang lebih besar, iaitu
Association of Southeast Asian Nations.
1969 (umur 66): Membantu menubuhkan
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantik sebagai
Setiausaha Agungnya yang pertama.
1971 (umur 68): Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri
dan Presiden Umno dan digantikan oleh timbalannya,
Datuk Abdul Razak Hussein.
1982 (umur 79): Menjadi Presiden Majlis Dakwah Serantau
Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) (1982 – 1988).
1990 (umur 87): Mangkat pada 6 Disember, dan disemadikan
di Makam Diraja Langgar di Alor Star.
Merdekakah kita....
Selamat Menyambut Kemerdekaan Malaysia yang ke 55....
Kita mungkin sudah merdeka dari segi jasmani tetapi dari segi rohani adakah kita sudah merdeka???? Pada pendapat aku kita masih dijajah dari segenap segi.... Fesyen, hiburan, pertuturan, tingkah laku dan macam2 lagi la.... Dan golongan manakah y mudah d jajah... sudah tentu golongan muda y terlalu mementingkan trend..... Cuba tanya anak2 muda, apa jadi klu x ikut trend???? Ketinggalan zaman katanya.... X payah nak ketinggalan zaman sgt la.... Kita jgn terlalu jadi hamba kepada hiburan dan fesyen.... Hiburan dan fesyen y melampau boleh merosakkan akhlak anak remaja kita ..... Y paling menyedihkan, d saat kita nak sambut kemerdekaan, anak2 muda kita semakin 'galak' buat maksiat...... MERDEKAKAH KITA???????
- Apakah makna Kemerdekaan kpd kita???? -
Thursday, 2 August 2012
Simfoni - Mencari pengampunan Illahi
Simfoni merupakan sebuah kumpulan nasyeed dari Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar, Kedah.. Klu x silap aku, umo ahli2 group ni 20 tahun... Juga merupakan bekas2 pelajar Maktab Mahmud, Alor Setar... So, enjoy ye dgn video ni.. Lagu sgt best..Superb...
Tabarruj and Eid' ul Fitri
X salah kalau kita nak bercantik2.. Tapi biarlah berpada-pada.. Allah pon sukakan kecantikan.. Y paling penting, niat kerana Allah.. Bukannya niat nak tarik perhatian orang OK.....
Wednesday, 1 August 2012
Najwa Latiff - AdaMu
Friday, 27 July 2012
Serikandi Zainab Al-Ghazali
Zaynab al-Ghazali bukanlah seperti
wanita biasa. Seperti Aisha Abdul Rahman, beliau merupakan rakyat Mesir
dan mempertahankan hak-hak wanita Islam berdasarkan apa yang diyakini
beliau sebagai fahaman Islam yang betul. Beliau dilahirkan di Al-Bihira
pada tahun 1917 di dalam keluarga yang terhormat, keturunan Umar
al-Khattab dan al-Hasan bin Ali bin Abi Talib. Ayah beliau juga
merupakan lulusan al-Azhar. Beliau lebih terkedepan sebagai pejuang dan
aktivis Islam daripada seorang yang ulama’. Sewaktu mudanya, beliau
aktif dalam pergerakan feminis, dan menyertai Kesatuan Wanita Mesir
(Egyptian Feminist Union) yang diasaskan oleh Huda as-Syarawi pada tahun
1923. Beliau telah keluar daripada persatuan itu disebabkan tidak
bersetuju dengan idea dan landasan perjuangan gerakan pembebasan wanita.
Pada umur 18 tahun (1936), beliau mengasaskan Persatuan Wanita Islam
untuk menguruskan hal-ehwal dan akitiviti-aktiviti wanita berlandaskan
ajaran Islam dan tujuan ke arah Islam.
Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh
Hasan al-Banna pada 1928 mempunyai perancangan untuk mengasaskan sayap
wanita di dalam pertubuhannya. Hasan al-Banna telah meminta beliau untuk
mengetuai bahagian wanita dalam Ikhwan Muslimin. Beliau dan
persatuannya menolak tawaran ini tetapi menyatakan persetujuan untuk
memberikan kerjasama. Setelah Ikhwan Muslimin dibubarkan pada tahun
1948, Zaynab al-Ghazali telah berbaiah kepada Hasan al-Banna pada tahun
1949 untuk menyokongnya dan bersama memperjuangkan sebuah daulah Islam.
Malangnya Hasan al-Banna telah gugur syahid tidak lama setelah itu.
Kesedihan hati Zaynab telah tercoret dalam bukunya yang masyhur,
Hari-hari Dalam Hidupku. Beliau menyambung perjuangan dan mengotakan
baiahnya kepada pemimpin Ikhwan Muslimin yang menggantikan Hasan
al-Banna iaitu Hasan al-Hudhaibi. Beliau menyertai dan bersama dengan
ahli Ikhwan Muslimin terutama apabila Ikhwan Muslimin diharamkan dan
mereka terpaksa bergerak secara rahsia di bawah pemerintahan Jamal Abdul
Naser sekitar tahun 1950-1960an.Dalam satu temuramah dirumahnya di
Heliopolis, Mesir pada tahun 1981, Zainab al-Ghazali berkata:
“Islam telah menyediakan segala-galanya
untuk lelaki dan perempuan. Islam memberikan wanita
semuanya-kebebasan,hak ekonomi,hak politik,hak social, hak awam dan juga
hak persendirian. Islam telah memberikan hak-hak wanita di dalam
keluarga lebih daripada persatuan dan agama lain. Wanita boleh berkata
tentang kebebasan wanita dalam masyarakat Kristian,Yahudi dan juga
masyarakat pagan, tetapi dalam masyarakat Islam adalah satu kesilapan
besar untuk berkata tentang kebebasan wanita. Wanita Muslim perlu
mempelajari Islam supaya mereka tahu Islam telah memberikan mereka semua
hak-hak mereka.”
Inilah intipati pemikiran Zainab
al-Ghazali berkenaan dengan status wanita seperti yang selalu diluahkan
dan disampaikan beliau dalam ceramah-ceramah beliau dan juga karya-karya
beliau di dalam majalah al-Da’wa, dimana beliau merupakan editor sebuah
ruangan untuk pembangunan rumah tangga Muslim yang sebenar. Perkara
utama dalam perjuangan beliau adalah pentarbiyahan, iaitu untuk memberi
kefahaman Islam di dalam pemikiran wanita, mendidik mereka tentang
hak-hak dan tanggungjawab mereka dan mengubah masyarakat untuk membina
sebuah daulah Islamiah yang berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah
saw.
Zainab al-Ghazali meyakinin bahawa Islam
membenarkan wanita untuk bergiat aktif dalam hal social, memegang
jawatan, memasuki politik dan juga memberi pendapat. Beliau percaya
Islam membenarkan wanita memiliki harta, menguruskan perniagaan dan apa
sahaja yang mereka mahu dalam perkhidmatan masyarakat Islam. Beliau
berpendapat tugas utama wanita Muslimah ialah menjadi ibu dan isteri.
Oleh itu, tiada tanggungjawab lain yang boleh mengatasi tanggungjawab
ini. Jika wanita itu mempunyai masa luang untuk menyertai aktiviti
kemasyarakatan setelah tugasnya sebagai ibu dan isteri telah dipenuhi,
maka dia boleh berbuat demikian kerana Islam tidak melarang perbuatan
tersebut.
Zainab al-Ghazali sangat meyakini
tanggungjawab agama dan social apabila berkahwin. Pada perkahwinan
beliau yang pertama, suami beliau tidak bersetuju untuk membenarkan
beliau bergiat aktif dalam perjuangan Islam. Dengan sebab itu, beliau
telah meminta cerai daripada suaminya kerana pra-syarat yang diletakkan
oleh beliau sebelum berkahwin adalah membenarkan beliau memperjuangkan
Islam. Suami beliau yang kedua memahami semangat dan gagasan perjuangan
beliau dan melibatkan diri dalam penulisan untuk menyokong beliau dan
sama sekali tidak menghalang beliau dari perjuangan. Didalam buku
‘Hari-hari dalam Hidupku’ (Ayyam min Hayati) beliau mengisahkan
bagaimana suami beliau walaupun sangat bimbang akan diri beliau tetapi
terus menerus menyokong perjuangan suci beliau. Zainab al-Ghazali juga
menekankan beliau tidak akan mengabaikan tanggungjawab kepada suami dan
keluarga beliau walaupun beliau Amirah sayap wanita Ikhwan Muslimin.
Tanggungjawab beliau yang berat itu menyebabkan beliau perlu bekerja
pada waktu yang panjang di pejabat beliau dan aktiviti bersama Ikhwan
Muslimin. Setelah kematian suaminya yang kedua, beliau masih di dalam
penjara. Beliau merasakan tanggungjawabnya terhadap perkahwinan telah
selesai dan beliau bebas untuk mengorbankan seluruh masanya untuk
perjuangan Islam.
Sebagaimana pejuang-pejuang Islam yang
lain, beliau juga kecewa dengan revolusi Mesir 1952 yang didokong mereka
pada mulanya dan akhirnya pejuang Islam telah dikhianati oleh Jamal
Abdul Naser. Zainab al-Ghazali menyatakan bahawa rejim Jamal Abdul Naser
adalah musuh kepada Islam. Setelah beberapa tokoh Ikhwanul Muslimin
ditangkap dan dihukum mati dan ramai dipenjara, beliau mendahului
pergerakan untuk menolong isteri, janda dan keluarga pejuang yang telah
dibunuh dan dipenjarakan. Walaupun dipenjara, beliau meningkatkan usaha
tarbiyyah secara rahsia diketuai oleh pimpinan Ikhwan Muslimin. Dalam
tahun 1962, beliau dapat berhubung dengan Sayyid Qutb melalui dua orang
adik Sayyid Qutb dan menerima tulisan beliau berkenaan perjuangan Islam
dan tafsir al-Quran dan hadith serta syariah Islam. Beliau juga menerima
sebahagian dari buku yang dikarang oleh Sayyid Qutb dalam penjara yang
kemudian diterbitkan dengan judul Ma’alim Fit-Tariq (Petunjuk Sepanjang
Jalan).
.Tulisan dan petunjuk daripada Sayyid
Qutb di dalam penjara dan juga ayat-ayat al-Quran akan dipelajari dalam
satu kumpulan terdiri daripada lima hingga sepuluh pemuda yang berjumpa
pada waktu malam di rumah Zainab ataupun tempat lain. Perbincangan,
pandangan dan pendapat diutarakan di dalam pertemuan tersebut. Dengan
persetujuan Sayyid Qutb dan pimpinan Ikhwan Muslimin, keputusan untuk
menjalankan program tarbiyyah selama 13 tahun sepertimana zaman
Rasulullah saw di era Mekah. Apabila tempoh ini berakhir, maka studi dan
kajian akan dibuat adakah sekurangnya 75% daripada rakyat Mesir sudah
yakin dengan keperluan adanya daulah Islam dan membangunkannya. Jika
ianya terjadi maka gerak kerja menubuhkan daulah Islam akan dilakukan
dan jika belum lagi mencapai tahap tersebut, program pentarbiyahan akan
dilakukan semula selama 13 tahun lagi sehingga sehingga rakyat bersedia
untuk membina daulah Islam, menerima pakai undang-undang syariah Islam
dan menegakkan hukum Islam berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah
saw.
Apabila kerajaan Mesir berasa curiga
dengan perkumpulan rahsia dan matlamat mereka ini, Ikhwan Muslimin
diserbu pada tahun 1965. Ikhwah dan akhawat pergerakan Ikhwan Muslimin
semuanya ditangkap dan dipenjarakan. Zainab al-Ghazali adalah salah
seorang daripada mereka. Jemaah wanita Ikhwan Muslimin dibubarkan.
Beliau dibicarakan bersama sahabiah yang lainnya pada tahun 1966 dan
dihukum penjara seumur hidup dengan kerja berat. Satu hukuman yang tidak
masuk akal bagi seorang wanita. Namun pada tahun 1971 beliau telah
dibebaskan apabila kematian Jamal Abdul Nasir dan Anwar Sadat mengambil
alih tampuk pemerintahan. Setelah itu, beliau terus sahaja meneruskan
perjuangan beliau tanpa mengenal penat lelah dalam mendaulatkan Islam
dibumi Mesir.
Beliau merupakan wanita yang terkemuka
setelah jatuhnya khilafah Islamiah di Mesir. Beliau tidak mempunyai anak
dan segalanya hidupnya diserahkan kepada perjuangan Islam. Beliau juga
menjadi sanjungan dan pendorong kepada perjuangan wanita di seluruh
dunia. Beliau dihormati oleh kawan dan lawan, malah disegani oleh
tokoh-tokoh ulama’ kerana perjuangannya yang luar biasa.
Zainab al-Ghazali kembali ke rahmatullah
pada hari Rabu 3 Ogos 2005 di kala umur beliau 88 tahun. Ternyata umur
yang panjang yang dianugerahkan Allah pada beliau telah digunakan tanpa
sia-sia sedikitpun, semuanya dikorbankan demi menegakkan agama Allah
yang mulia. Beliau terus menjadi idola dakwah kepada pejuang-pejuang
Islam di seluruh dunia. Beliau juga menjadi bukti kukuh bahawa
sebenarnya Islam mampu membina wanita yang berjuang untuk Islam. Sejarah
hidup beliau persis hidup srikandi di teratak Rasulullah saw. Jadi
tidaklah salah jika kita menggelarnya sebagai Ummul Mujahidah pada masa
kini. Moga Allah mencucuri rahmat yang melimpah ruah kepada beliau dan
menjadikan beliau di kalangan para siddiqin,amilin dan mujahidin.
- Apa y paling memilukan hati apabila beliau d seksa seperti tahanan lelaki y lain semasa d dalam penjara. Beliau d pukul dgn tongkat, cemeti, d gantung kaki ke atas, d kurung dgn anjing2 y ganas, d rendam seharian dlm penjara air, d penjara dgn tikus dan pelbagai lg seksaan y berlaku ke atas dirinya. -
Subscribe to:
Posts (Atom)