Sunday, 17 June 2012

D Mana Sesatnya Al-Arqam Part 1

Assalamualaikum....  Ramai beranggapan bahawa isu Al-Arqam sebenarnya isu politik , sehingga kerana takutkan pengaruhnya berkembang, mereka telah di zalimi...  Berkesempatan membaca buku " Tersungkur di Pintu Syurga, the untold truth and inside story  of Al-Arqam & ISA ( Detention Without Trial ), hasil tulisan bekas penasihat undang-undang (2) Al-Arqam, Saudara Zabidi Mohamed, membuatkan segala persoalan tentang perjuangan Al-Arqam terungkai...
           Bagi aku buku ni sgt2 menarik... Perang Al-Arqam dgn Pusat Islam, pertemuan sulit  pemimpin kanan Al-Arqam dgn pengarah cawangan khas, detik2 penangkapan Ustaz Asaari, Soal siasat di PRC, Soal siasat dan soal siat2 di Pulapol, Taqiyah dlm jejak kasih, pengakuan di Masjid Negara dan jawapan dari Allah antara y dimuatkan dlm buku ni...
            Kenapa Al-Arqam ni sesat... Aku ada jugak search fasal pendapat orang terhadap Al-Arqam ni... Dan ada di antara mereka ni mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dlm pengharaman jemaah Al-Arqam... Melalui pembacaan aku, SAH, memang Al-Arqam sesat...
             Ustaz Asaari pernah berkata kpd saudara Zabidi Mohamed bahawa dia blh memanggil Rasulullah bila2 masa sahaja.. Pernah juga ada seorang pemimpin Al-Arqam secara nakal cuba bertanya  bagaimana caranya Abuya beryaqazah dgn Rasulullah. Ringkas sahaja jwpn Abuya, " itu rezeki ana". Selepas tu x de sape pon y berani tanya soalan y sama..
              Dlm buku ni ada d sebutkan perkataan Daulah Islamiah..  Pernah seorang ASP tanya, kalau Daulah Islamiyah berlaku, sape y akan jd PM ... Jawab pimpinan Al-Arqam, " Abuya". Dan Daulah akan berlaku secara Khawariqul 'addah iaitu dserahkan kpd Abuya oleh Ghafar Baba y jadi PM selepas Mahathir dan Anwar jatuh. Ghafar bila jd PM x mampu kawal orang2 UMNO y berkrisis teruk dan akhirnya d serahkan kpd Abuya...Ini kepercayaan Jemaah Al-Arqam..
               Khatijah Aam pernah berkata, " Jemaah ini jemaah Imam Mahadi dan jemaah "Rasulullah", tdk akan dpt d kalahkan  oleh musuh-musuhnya... " Hatta bulu romanya pon tdk akan d sentuh oleh musuh," kata salah seorang pemimpin Al-Arqam y d yakinkan oleh Abuya bahawa ayat tu datang dari  mulut "Rasulullah".  Tapi apabila Abuya d tangkap d bawah ISA, ramai pengikut Al-Arqam bingung kerana sebelum ni mereka d yakinkan bahawa bulu romanya pun tdk akan dpt d sentuh oleh musuh tp kebingungan tu mereka biarkan sahaja...
             

No comments:

Post a Comment