Monday, 15 October 2012

GLOBAL IKHWAN.. SESATKAH????

  
 Sebenarnya jauh d lubuk hati aku, aku sgt2 mengagumi al-arqam / Rufaqa / Global Ikhwan...Kenapa???? Klu d lihat balik, ekonomi diorang hebat, semangat dakwah diorang pon tinggi, ukhuwah antara jemaah sgt rapat..... Pendek kata hebat2 belaka la....Cuma sayang, aqidah diorang terpesong ckit ( Cuba lihat post aku sebelum2 ni fasal kesesatan mereka )... d sebabkan kekaguman itulah, semenjak 2 menjak ni aku asyik search fasal diorang.... FB anak2 Abuya aku korek2 untuk mengetahui perkembangan diorang sekarang.... Kat bawah ni cite fasal Global Ikhwan ( Nama sekarang ) y aku dapat dari blog seorang sahabat.... Teruskan membaca ye...


"Al-Arqam adalah antara pertubuhan ajaran sesat yang paling lama hayatnya di Malaysia. Pertubuhan sesat ini mampu bertahan sebegitu lama kerana kebijaksanaan pemimpinnya mengatur strategi. Lihat sahaja, apabila Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan pertubuhan itu pada 5 Ogos 1994, kerana ajarannya bertentangan dengan akidah dan syariah Islam, maka berkali-kali mereka melakukan penjenamaan semula demi kelangsungan hayatnya. Di Tukar nama kepada Rufaqa dan terkini dikenali sebagai Global Ikhwan.

Jadi, sebagai umat islam, kita usah terkeliru sebab, apa sahaja nama yang digunapakai mereka tetap sama, iaitu sesat dan merosakkan akidah. Mereka tetap mendewa-dewakan insan yang sama, iaitu Syeikh Muhamad As-Shuhaimi, Asaari Muhammad dan Hatijah Aam. Inilah 'Tuhan-Tuhan' mereka.

Sila tonton Klip video di bawah dan nilailah sendiri betapa sesatnya ajaran yang dibawa oleh penganut agama Global Ikhwan. Kesesatan yang membatalkan akidah:


 



Intipati Klip Video di atas ialah:
  • Ashari Muhammad atau Abuya telah dinaikkan taraf sebagai Nabi dengan gelaran Rasulullah Saidi Abuya. Jika sebelum ini Ashari Muhammad hanyalah dianggap sebagai Imam Mahdi, namun sesudah mati beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Rasulullah. Mulia sungguh Abuya ni, bayangkanlah Seniman Agong P.Ramlee setelah meninggal dapat gelaran Tan Sri jer, tapi Abuya dapat gelaran Rasulullah Saidi Abuya...
  • Pengajaran penting dari klip video ini ialah kita perlu memerangi kumpulan Nasyid Shoutul Ikhwan tajaan Global Ikhwan sebab mereka adalah kader-kader ajaran sesat yang cuba melebarluaskan ajaran sesat tersebut menerusi nasyid.

  • Kita juga perlu memboikot Hotel RSA yang beroperasi di Jalan Sri Cemerlang Kota Bharu kerana kemungkinan ia dimiliki oleh penganut ajaran sesat Global Ikhwan."
         

       

56 comments:

  1. Apa yang admind faham tentang Global Ikhwan?kalau Admin ✗ tau dan ✗ faham,tlg jangan buat kenyataan samada dlm blog ke FB ke atau lain2 ttg GISB,sbb kalau apa yg Admin nyatakan sgt bertentangan dgn apa yg sebenarnya...bg org yg ✗ tahu sedikit sebanyak menjadikan dia memandang buruk terhadap GISB,GISB adalah sebuah syarikat org Islam,bukan agama baru...setiap kenyataan yg tak benar drp admind akan Tuhan tanyakan di Akhirat nanti..mafhum Hadis (kalau seseorang mengatakan bahawa seseorang itu sesat@kafir.sedangkan hakikatnya orang yang dituduh itu tidaklah demikian..maka tuduhan sesat@kafir itu jatuh semula kepada orang yang menuduh)...sebab itu tlg hati2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg dimaksud rosurullah abuya sidhi??? Apa muhammad bin abdullah bin abd mulallib??? Apa yg lain???

      Delete
  2. eleh, sesat tetap sesat,... buwerrkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. Senyum.. x perlu kata apa2...

      Delete
    2. Mai saya beritahu something important kalau kamu perasaan orang yang memperluaskan agama sesat takkan mengembang seluas ni kecuali benda yang mereka lakukan ada benar.kerana allah x akan mengizinkan benda yang akan merosakkan akidah tapi malah perniagaan mereka berkembang,orang mereka bertambah malah mereka dikenali hampir seluruh dunia tidakkah kalau ikut logik akal yang mereka merupakan jemmah yang benar seperti yang dikatakan didalam satu hadis akan datang kaum atau sebuah kabilah yang terlalu merinduiku tapi mereka tidak pernah melihatku mereka lah ikhwan ku

      Delete
    3. Syiah berkembang meluas satu dunia... Adakah Allah tak izinkan? Lalu kenapa Allah hadirkan al-Masih Dajjal utk menyesatkan manusia?

      Delete
  3. Hahaha.... Admin pon x berapa faham fasal global ikhwan sebenaqnya sbb tu admin suka korek cite fasal ni sbb nak tau lebih lanjut... Actually post tu admin amek dari sapa ntah, x ingat plak... So jgn marah2 ye... Hanya tuhan y tahu sesat @ x... Admin x berani nak menghukum orang memandangkan ilmu admin pon x seberapa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jaga baik2 bila bercakap jaga baik2 bila menulis..andai org yg kamu ckp sesat itu seorg kekasih allah nescaya engkau secara terus menjadi musuh allah yg allah telah beri amaran untuk isytiharkan perang.. hati2 lah..

      Delete
  4. Allah pasti memberi kebenaran kepada kita semua, melalui lidah Rasulnya,, bahawa akan ada stu kumpulan yang sntiasa merindui Rasulullah saw walaupun mereka tak pernah melihat wajah Nabi kita saw,, itulah pra ikhwanku kata Nabi,,, ingt2lah kita spa mrka spa,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasulullah yg dimaksudkan adalah nabi muhammad bukan ashaari tah apa lg sheikh depa ni. Taubat la.kita dh dihujung zaman.

      Delete
    2. Dia bukan menyebut ashaari tu muhammad tapi mereka menyebut tiga orang kalau cik faham.rasululah,saidi ,abuya.sebab kalau disebut macamni rasulullah bukan ke pelik sebab kalau ikut dalam sejarah islam selpas kewafatan nabi banyak nabi palsu yang mengatakan dia tu nabi.tapi mereka x menyebut rasulullah sebab rasulullah itu bermaksud kekasih allah.jadi tak akan mereka bodoh sangat menyebut rasulullah, saidi, abuya sebab dah terang2 mereka menyebut tiga panggilan.sejujurnya saya x berkenal siapa abuya tapi saya x rasa beliau sesat nak tahu kenapa sebab apa orang 2 global ikhwan lakukan seolah - olah mereka yakin apa yang mereka adalah benar malah kelakukan mereka tidak seperti orang sesat.tapi kalau korang rasa aku tipu apakata korang cuba berada di tempat global ikhwan selama 3 hari di setiap tempat perniagaan mereka.kalau hati korang rasa tenang itu lah bermaksud mereka bukan orang yang sesat tapi orang yang betul2 benar2 membawa apa yang ajar oleh al-quran dan sunnah.

      Delete
    3. Orang syiah pon yakin dengan pegangan dan fahaman mereka. Adakah mereka benar dan kita yg ikut ahli sunnah wal jamaah ni salah. Cuba comparekan dgn al-Arqam. Terima kasih

      Delete
  5. Dari Ibnu Umar RA katanya, Rasulullah SAW ditanya oleh para sahabat RA,
    "Apakah ada orang yang beriman kepadamu sedangkan mereka tidak pernah melihatmu dan membenarkan ajaranmu sedangkan mereka tidak pernah melihatmu?" Baginda SAW menjawab, "Mereka itu adalah Ikhwanku dan mereka bersama-samaku. Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku dan beruntung juga mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku." (diulang 3 kali).
    (Muslim)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikhwan yang baginda maksudkan tu lain..bukan global ikhwan..bodoh.ko ingat klau ko letak nama ikhwan, ko jadi ikhwan yang baginda maksudkan? Kalau kami xpham,Cuba ko terangkan.. Dengan meletakkan darjat Rasulullah pada abuya ko dan rhadiallahuanhu pada sahabat2 abuya ko, ko rasa diri ko tergolong dlm ikhwan tu ke? Rasulullah ialah Muhammad bin Abdullah, bukan abuya ko dan bukan Ali.
      #73golongan

      Delete
    2. Betul ikwan yang baginda kata bukan global ikhwan tapi orang yang selalu selawat keatas nabi dan melakukan sunnah nabi.tapi mereka tidak mengelarkan abuya tu nabi cuma mereka singkat sebutan nama supaya senang nak berbicara.tapi aku sebanyak tak pasti siapa yang berada di golongan yang disebutkan nabi sebab bagi aku golongan itu hanya lah diketahui oleh allah s.w.t.sebab ramai yang ingin menjadi golongan itu.tapi kalau korang rasa jemaah yang di sebut global ikhwan tu sesat aku rasa itu salah sebab kalau global ikhwan tu sesat kenapa perniagaannya,orang makin bertambah.itu bermaksud global ikhwan bukan golongan orang yang sesat.sebab allah tidakkan membantu golongan orang2sesat lagi2 golongqn yang menyesatkan akidah.tapi malah global ikhwan dibantui oleh allah cubalah fikir ikut logik akal kalau dulu arqam naik jadi rofakah lepastu jadi global ikhwan malah global ikhwan hampir satu dunia mengenalinya.korang x rasa yang global ikhwan ni lain sebab kalau yang lain sudah jatuh tak bangkit2.tapi ni walaupun di caci di maki tetap berdiri kukuh namapk sangat global ikhwan bukan sesat bukan mengamal ilmu hitam atau apa 2 tapi dibantui oleh allah s.w.t.

      Delete
    3. Aku tak nak masuk campur pasal sesat ke tak. Tapi aku tak sokong logik akal hg... Tak semestinya benda yang maju tu berada di jalan yg betul. Contohnya, kemajuan negara Syiah iaitu Iran. Adakah Allah tolong golongan syiah utk ilmu teknologi peperangan dan ekonomi diorang? Sila bahaskan.

      Delete
  6. Sesat atau tidal kits semua akan tahu kebenaran bila bertemu do mahsyar nanti Dan ketika ITU segala sangkaanndan anggapan Dan semua akan terbongkar sebab kita tak kan kemana semua akan mengadap Rabbuljalil diakhirat nanti.wallahualambisawab

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejujur tak baik berkata begitu sebab allah memang akan tunjuk tapi waktu itu kita takkan gikir dosa orang lain sebab waktu kita sudah takut sebab fikir akan dosa kita didunia walaupun sebesar zarah sekalipun.tapi kalau aku beritahu global ikhwan ni x dak sesat korang percaya tak.tak percaya sebab hati korang sudah ditanam untukperkara yang jahat jadi sebelum mengatakan sesuatu yang x logik tolong selidik dulu bukan ikut nafsu tuduh orang ni sesat berdasarkan bukti yang tidak seberapa.lepas tu jgn guna ayat akan tahu di akhirat kelak sebab belum tentu kau akan ingat apa yang kau tulis disini tapi kalau allah ingat waktu tu nak minta maaf tak guna nasi dah jadi bubur.selidik dulu sebwlum menuduh dan jgn menyentuh bab mati sebab kita hidup sekali bukan berkali kali.

      Delete
  7. Sesat...em...sesat....pdpt saya kita perlu mgamati sesuatu ucapn artikal @ video utk bberapa kali sblm kita kluarkn apa2 kptsn.

    ReplyDelete
  8. salam, betul ke dia bertuhankan ketua mereka, hati-hati, jgn sebar fitnah sewenangnya. Allahu.

    ReplyDelete
  9. Harap pandangan jabatan mufti tidak disesatkan

    http://mufti.kelantan.gov.my/v2/index.php/en/perkhidmatan/fatwa/koleksi-fatwa/63-perbincangan-mengenai-masalah-pertubuhan-al-arqam-dan-majalah-majalah-terbitannya

    ReplyDelete
  10. http://e-muamalat.gov.my/menjawab-dakwaan-yaqazah-sesat-jemaah-al-arqam

    ReplyDelete
  11. Mcm2 skrg.. Takut akidah tpesong..

    ourlovebonding.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau mendalami ilmu agama islam dengan bersungguh dan minta pertolongan daripada allah.insyallah akidah tidak rosak..akidah rosak sebab ilmu kita tentang islam kurang.tapi global ikhwan bukan sesat sebab berdasarkan pengalaman pengkajian saya global ikhwan bukan sesat.

      Delete
  12. Wahai kaum muslimin hendak nya kita bersatu teguh tegakan Sariat Islam rasululoh hanya beramanat pegang lah yang 2 Qur'an dan sunah mulai lah berbenah musuh2 Islam telah mempersempit dan memasukan paham2 liberal begitu hancur nya moral2 orang Indonesia jangan sampai terjangkit ke Malaysia harapan terakhir ke kalifahan dari timur

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Yang gisb berjuangkan skrg semuanya utk Allah dan Rasul.. kerana Allah dan Rasul untuk membela islam... dlm kehidupan semuanya nk dikaitkan dgn Allah dan dyorg diajar bergantung sepenuhnya dgn Allah.. sebb itu Dyorg kuat...

    ReplyDelete
  15. X ade jemaah lain yg sanggup berjuang dihina difitnah sanggup berkorban tenaga dll demi untuk membela islam.. bila di uji makin kuat.. makin membangun makin merata di seluruh dunia... semuanya itu kerana nk dapatkan cinta Allah dan Rasul.. cari redho Allah matlamat utamanya untuk Akhirat.. untuk Allah dan Rasul makin dikenal dan dicintai oleh semua org... kehidupannya semata2 untuk Allah.. kenapa bolh dikatakan sesat..? Padahal mahu bawa Islam yg indah hingga org bolh jatuh hati dgn islam... hingga org tak islam masuk Islam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. muktazilah pun bukan sendiri manusia yg dikatakan hebat.....tapi sayang tersesat...

      Delete
  16. RASULULLAH SAIDI ABUYA .....BERMAKSUD....RASULULLAH TUAN ABUYA....BKN ABUYA TU RASULULLAH...CHEQ.OI.....LAIN KALI BELAJAQ DULU....BKN MAIN HENTAM...JA.....JGN JD LEBIH PANDAI DARI ULAMAK..... HORMAT...

    ReplyDelete
    Replies
    1. org tu sdg cakap bahasa melayu la... yg ko pegi terjemah b.arab dh kenapa? bengong

      Delete
    2. Rasulullah yg menolong???Bukan tuhan????

      Delete
    3. abuya tolong kami.
      yesus tolong kami.
      padahal rasul melarang memuji2 dia dengen berlebihan, seperti umat nasrani. ada hadist nya.
      apa itu tidak sesat. minta tolong selain allah.

      Delete
    4. ko beriman dengan siapa? mereka bergantung dengan allah dan beriman dengan rasulullah.. faham ka x faham ni? main tembak ja terus apasal?

      Delete
  17. Hadis Rasulullah Saw. tentang hal itu bunyinya begini:

    لاَ تُطْرُوْنِيْ كَمَا أَطْرَتِ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ فَإِنَّمَا أَنَا عَبْدُهُ فَقُوْلُوْا عَبْدُ اللهِ وَرَسُوْلُهُ (رواه البخاري)

    “Janganlah kalian memuji/menyanjung aku secara berlebihan, sebagaimana kaum Nasrani menyanjung Isa bin Maryam. Aku hanyalah hamba-Nya, maka katakanlah ‘hamba Allah dan Rasul-Nya” (HR. Bukhari)

    Kaum Salafi & Wahabi secara mentah-mentah memahami hadis ini sebagai larangan mutlak memuji-muji atau menyanjung Rasulullah Saw. secara berlebihan, lebih dari sekedar mengakuinya sebatas hamba Allah yang diutus sebagai Rasul dan diberikan wahyu. Memuji beliau lebih dari itu dianggap sebagai upaya “pengkultusan” yang dapat dikategorikan sebagai syirik. Padahal, memuji atau menyanjung itu sangat jauh berbeda dengan “mengkultuskan”.

    Habib Muhammad bin ‘Alwi al-Maliki, di dalam kitab beliau, Qul Hadzihii Sabiilii, menjelaskan bahwa pada hadis tersebut ada pesan yang jelas antara larangan memuji atau menyanjung berlebihan dengan perlakuan kaum Nasrani terhadap Nabi Isa bin Maryam As. Artinya, seandainya yang dilarang secara mutlak adalah semata-mata perbuatan memuji atau menyanjung Rasulullah Saw. dalam bentuk apapun seperti yang dipahami kaum Salafi & Wahabi, maka beliau tidak perlu menghubungkannya dengan perbuatan kaum Nasrani yang jelas-jelas menganggap Nabi Isa As. sebagai tuhan. Itulah kenapa Rasulullah Saw. kemudian menyuruh umatnya untuk selalu “menyadari” bahwa beliau hanyalah seorang hamba Allah dan Rasul-Nya. Dan orang Islam paling bodoh pun tahu batasan ini.

    Jadi, yang dilarang di dalam hadis tersebut adalah “mengkultuskan” Rasulullah Saw. dalam arti mengangkat beliau sebagai tuhan atau melekatkan sifat ketuhanan kepada beliau. Sementara menyanjung atau memuji beliau, menurut Habib Muhammad al-Maliki, adalah perkara wajib, mengingat banyak ayat-ayat al-Qur’an yang menyebut bahwa keingkaran umat-umat terdahulu terhadap nabi-nabi mereka adalah karena menganggap nabi-nabi itu sebatas manusia biasa seperti diri mereka yang tidak pantas dilebihkan kedudukannya sehingga patut diikuti.

    ReplyDelete
  18. jika warga global ikhwan. memang tidak sesat.
    kenapa minta tolong kepada abuya?
    kalau emang mau prantara kenapa tidak nabi muhammad s.a.w. sekalian makhluk paling mulia dan kekasih allah.
    nabi saja tidak mau di puji berlebihan.
    orang belum tau masuk surga malah dianggap lebih dari nabi muhammad s.a.w.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tu aku x pasti tapi lebih baik hang tanya kat depa yangg berada dalam global ikhwan kenapa sebut abuya tolong bukan kat rasul s.a.w ke allah s.w.t jgn tanya kat sini sebab yg tgk belum tentu orang global ikhwan akan tengok.

      Delete
  19. Global ikhwan ganti nama sebelumnya...rufaqa yg nama asalnya al arqam....hasilnya arqam rufaqa global ikhwan adalah sama. Kalau fatwa udah menghukum arqam dan rufaqa sesat...apakah global ikhwan tidak sesat??? Fatwa utk global ikhwan dalam proses....apakah sesat @ tidak!!! Tunggu keputusannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Global ikhwan tidak dikatakan sesat dalam fatwa sebab mereka memilih bertaubat bukankah kalian sudah tahu hal ni.kalian x check betul2 ke.check betul2

      Delete
  20. "saidi" bermaksud "tuan"

    Rosulullah saidi abuya
    bermaksud
    Rosulullah tuan abuya.

    dalam erti kata melayu, rosulullah adalah tuan kepada abuya.
    abuya adalah orang bawah rosulullah, sedangkan rosulullah adalah "TUAN".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh ke letak..
      Rasulullah Saidi awis?

      Delete
    2. Saidi bukan nya bermaksud tuan tapi singkatan daripada al mahdi .sebab imam mahdi memiliki banyak panggilan salah satu yang saidi.kalau rasulullah bermaksud kekasih allah bukan tuan ke tuhan bukan tapi kekasih allah.kalau abuya bermaksud ayah jadi abuya bagi global ikhwan ayah ataupun ketua ataupun pemimpin sebab dalam keluarga ayah memerupakan pemimpin macam tu lah abuya.

      Delete
  21. Sepertimana juga perkataan duli yang maha mulia.

    "duli" bermaksud "habuk", "debu".
    makanya dalam istilah melayu kuno menggunakan bahasa ini menunjukkan orang melayu islam mempraktikkan ajaran islam dalam bahasa.

    duli disini bermaksud sifat seorang hamba yang selayaknya perlu merendah diri kepada penciptanya walaupun dia duduk pada takhta tinggi.

    dan bukanlah bermaksud duli yang maha mulia itu, adalah orang itu yang paling mulia. kerana perkataan MAHA selayaknya hanyalah untuk Allah sahaja.

    ReplyDelete
  22. Yang paling ditakuti, orang yg mengatakan orang lain sesat, takut diri sendiri yg sebenarnya sesat. Sebelum mengatakan orang lain sesat, cari, kaji & dalami ilmu. Ilmu Allah teramat luas tanpa batas. Zaman ini zaman fitnah. Jangan sampai kita termakan fitnah.

    ReplyDelete
  23. https://selangorkini.my/2013/10/global-ikhwan-mohon-maaf-isytihar-patuhi-majlis-fatwa/

    ReplyDelete
  24. Berbaliklah kpd keputusan majlis fatwa,kan lebih selamat.

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. Janganlah kita memperkatakan sesuatu yang kita tidak mempunyai pemahaman terhadapnya. Banyak yang perlu kita jawab nanti di hadapan Allah.

    ReplyDelete
  27. benda2 begini bahaya kalau buat kesimpulan terus dari sumber macam ni.. bahayaa oo.. try lihat mereka dulu sedekat dekatnya.. lihat betul2.. kalau rasa memang xbetul, boleh berpaling.. at least kamu sudah kaji sedalamnya.. bukan bergantung info dari google..

    ReplyDelete
  28. Di sini saya ketepikan sekejap fahaman mereka sesat atau apa2 sahaja.

    Yang saya nak suarakan adalah kekukuhan ekonomi mereka sehingga ke peringkat global. Sebut sahaja di negara barat pasti kelompok mereka pun ada di situ.

    Sepatutnya kita umat islam punyai ekonomi yang kukuh & bersatu untuk mengukuhkan ekonomi sejagat. Hebat seperti zaman Rasulullah.

    Apa yang saya lihat di Malaysia, sana sini menyalak je lebih, orang tu salah orang ni salah, sesama kaum berniaga pun saling dengki antara satu sama lain.

    Umat Islam di negeri China juga punyai ekonomi yang kukuh tanpa perlu mengharapkan ihsan kerajaan mereka. Sebab apa? Sebab mereka bersatu.

    Tak tau la apa nak jadi di Malaysia ni? Saya hanya mampu melihat, bersuara kang ada yang menyalak .. no komen

    ReplyDelete
  29. Maaf yer.. Pasal gelaran abuya tuu Rasulullah sayidi abuya tu salah sebenarnye.. Tu bukan gelaran dy.. Tu adalah stand kepada rsa.. Rasulullah tu nabi sayidi tu imam mahdi dn abuya tu abuya laa.. Tu bukan gelaran yer.. Mohon tukar

    ReplyDelete
  30. https://www.youtube.com/watch?v=a49OUIPKO2c

    ReplyDelete
  31. Assalam sahabat2
    Hari ni sihat nk
    belako ko?

    Tgk kpd perkembangan yg menakjubkan jemaah GISBH ni, korang masih kato GISBH (dulu Arqam) sesat ko?
    https://youtu.be/xuBgJPbJLL4

    Kalau diorg x sesat, bererti kalian lah yg sesat ya?.
    Hihi.. tuduhan sesat sudah Backfire!!

    Korang kena QADHA balik solat jumaat tuh, krn ikut solat di blkg imam yg membaca fatwa ttg Arqam Sesat.

    Sbb tuduhan sesat telah kembali kpdnya.
    Padan muka!!

    Ampun ya ALLAH

    ReplyDelete