Pasti ramai y setuju klu aku cakap zaman kanak2 dulu dan kini sgt berbeza... Skrng ni aku dah x nampak budak2 main tuju tin, tuju kasut, batu seremban, congkak dan macam2 lagi permainan... Rindu aku dgn zaman kanak2.... Pilih team sendiri bila nak main, pastu boleh lari2, klu nak hentikan permainan tu cakap "cup", buat bola sendiri ( guna pasir, plastik, getah, kertas), klu x puas hati kat seseorang tu, baling bola tu kuat2 n last2 gaduh..... hehe..biasa la tu, budak2..... Selalunya aku y suka gaduh ngan orang
Selalunya lepas habis kelas kafa, budak2 kg akan berkumpul kat tempat y d janjikan.... Lagi ramai lagi best..... X kisah la lelaki @ perempuan, sume main... tapi budak2 kecik leh jadi penonton ja la... bagi aku dalam sume2 permainan ni, tuju tin la paling best sebab agak mencabar nak susun tin2 tu.... Seeloknya main kat tempat y lapang. Boleh lari jauh2. baru la pecah peluh.... Tuju kasut lagi senang la nak main sebab x payah susah2 nak cari,guna kasut sendiri pon blh. Klu tuju tin, nak kena cari tin pastu kena kumpul byk2.
Aku sedih tgk budak2 sekarang, main ntah apa2.. Main api, ngadap tv tgk cite kartun, ngadap komputer.. x kreatif budak2 skrang ni... Klu dulu2, mesti pk nak main apa... Bila besar nnti diorang x de pengalaman y best2 untuk d kenang balik.
Bukan setakat main tuju2 ja, aku jugak pernah pegi sawah cari ikan, seberang parit y x de titi, masuk hutan dan macam2 lagi la.... Aktif betul aku time budak2..... Bersyukur aku jadi budak kampung...Dah macam2 aku tempuh..... Klu la blh d kembalikan zaman kanak2 aku, mesti aku x lepaskan peluang ni..... Kepada budak2 sekarang, jgn sia-siakan masa kanak2 anda.... MAIN DGN SEPUAS-PUASNYA... HAK BERMAIN HAK ANDA:)
No comments:
Post a Comment