Thursday, 30 August 2012

Biodata Tunku Abdul Rahman

 
 Dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar,
Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin,
Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak
yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah,
Sultan Kedah yang ke-24. Bondanya Cik Menyelara,
seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah gahara,
ialah anak perempuan Luang Naraborirak (Kleb),
seorang pegawai daerah Thailand. Kelahiran Tunku disambut secara
biasa sahaja kerana beliau bukan bakal pengganti Sultan Kedah.
Pengganti Sultan Kedah, Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid,
telah pun berumur 30 tahun ketika itu

Pendidikan :
1911 - Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar.
1916 - Penang Free School, Penang.
1925 - Lulus B.A. dari University Cambridge.
1945 - Lulus LLB, dari Inner Temple, London.
 
 
 
                            1903: Dilahirkan pada 8 Februari di Istana Tiga Tingkat,
                                     Alor Setar yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin.
                           
                            1913 (umur 10): Beliau dihantar ke Bangkok untuk menetap
                                     bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid,
                                     iaitu abang sulung Tunku Abdul Rahman.
                                     Tunku belajar di Sekolah Debsirindir, Bangkok.
 
                             1916 (umur 13): Pulang ke Kedah dan memasuki
                                     Penang Free School.
 
                             1919 (umur 16): Belajar di England.
 
                             1925 (umur 22): Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera
                                     (Sejarah) dengan bantuan dan kerjasama dari sahabatnya Taib Andak.
 
                            1927 (umur 24): Dihantar semula ke England untuk
                                     belajar undang-undang di Universiti Cambridge kerana keluarganya
                                     tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu.
 
                            1930 (umur 27): Lulus semester pertama, jurusan
                                     undang-undang di Inner Temple.
 
                            1931 (umur 28): Berkhidmat sebagai pegawai latihan di
                                     Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah dengan gaji sebanyak
                                     RM300.00 sebulan, dan kemudiannya sebagai
                                     Penolong Pegawai Jajahan di Kulim.
 
                            1932 (umur 29): Berkhidmat sebagai Pegawai Jajahan
                                     di Kuala Nerang.
 
                            1933 (umur 30): Berkahwin dengan Mariam, gadis kacukan
                                    Cina-Siam, anak tauke lombong Cina di Alor Setar. Akhir 1933,
                                    Mariam melahirkan anak perempuan dan dinamakan
                                   Tunku Khatijah ibni Tunku Abdul Rahman. Kemudian anak lelaki
                                   bernama Tunku Ahmad Nerang ibni Tunku Abdul Rahman.
 
                            1934: Mariam meninggal dunia kerana penyakit malaria di Kuala Nerang,
                                      Kedah. Tunku berkahwin dengan kekasih lamanya
                                      Violet Coulson di Geylang Serai, Singapura.
 
                            1935 (umur 32): Dipindahkan ke Pulau Langkawi oleh Penasihat British,
                                    Clayton. Selain itu , perkahwinan Tunku dengan
                                    Violet kurang direstui.
 
                            1937 (umur 34): Bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani.
                                     Beliau juga bertindak sebagai hakim daerah Sungai Petani dan
                                     Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani.
 
                            1938 (umur 37): Pergi ke England buat kali ke-3 untuk
                                     menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang.
                                     Antara temannya ialah Saadon Zubir. Tunku berbaik semula
                                    dengan isterinya yang telah diceraikan , Violet Coulson.
 
                             1939 (umur 36): Kembali ke Kedah kerana ada berita perang
                                      akan meletus di Eropah.Berkahwin dengan
                                      Syarifah Rodziah binti Syed Barakbah .
                                      Syarifah Rodziah Syed Syeikh Barakbah ialah
                                      adik rakan sekuliahnya di England iaitu Syed Omar Barakbah.
                                      Perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun.
 
1940 (umur 37): Dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan
Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.
 
1941 (umur 38): Jepun menyerang Kota Bharu ,
Kelantan pada 8 Disember.
 
1947 (umur 44): Berangkat semula ke England untuk
menyambung pengajian * 1948 (umur 45):
Dipanggil ke bar di Inner Temple.
 
1949 (umur 46): Pulang ke Tanah Melayu. Pada mulanya,
beliau dihantar ke pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star.
Kemudian beliau memohon untuk bertukar ke Kuala Lumpur.
Di Kuala Lumpur, Tunku menjadi Timbalan Pendakwa Raya
dan kemudiannya, dilantik sebagai Presiden Mahkamah Sesi.
 
1946: Menyertai UMNO.
 
1951 (umur 48): Menjadi Presiden UMNO pada Oktober sewaktu
 Datuk Onn Jaafar meletakkan jawatan. Menganjurkan
Pertandingan Membaca Al-Quran peringkat negeri
yang pertama di Kedah.
 
1954 (umur 51): Mengetuai satu rombongan ke England untuk
berbincang bagi menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu,
tetapi kunjungan itu tidak berhasil.
 
1955 (umur 52): Pilihan raya persekutuan umum yang
 pertama diadakan, dan Parti Perikatan(Barisan Nasional)
memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.
Dengan majoriti ini, Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai
Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama.
Satu lagi rombongan ke London diadakan.
 
1956 (umur 53): England bersetuju untuk memberikan kemerdekaan
kepada Tanah Melayu. Sebaik pulang dari England,
Tunku mengisytiharkan berita gembira ini buat
kali pertamanya pada 20 Februari di Bandar Hilir, Melaka.
 
1957 (umur 54): Persekutuan Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos. Memperkenalkan
kejohanan Pestabola Merdeka,
 yang merupakan pertandingan bolasepak antarabangsa.
 
1958 (umur 55): Dilantik sebagai Presiden pertama
Asian Football Confederation (AFC) (1958 – 1976).
 
1960 (umur 57): Menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM),
sebuah pertubuhan untuk membantu golongan mualaf dalam
menyesuaikan hidup baru sebagai Muslim.
 
1961 (umur 58): Memulakan penubuhan Association of
Southeast Asia (ASA) yang menggabungkan Tanah Melayu,
Thailand dan Filipina. Menjadi tuan rumah Pertandingan
Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang pertama.
 
1963 (umur 60): Membentuk Malaysia pada 16 September,
apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura,
Sarawak dan Borneo Utara (sekarang Sabah).
 
1967 (umur 64): ASA dibubarkan untuk memberi laluan kepada
 persatuan yang lebih besar, iaitu
Association of Southeast Asian Nations.
 
1969 (umur 66): Membantu menubuhkan
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantik sebagai
Setiausaha Agungnya yang pertama.
 
1971 (umur 68): Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri
dan Presiden Umno dan digantikan oleh timbalannya,
Datuk Abdul Razak Hussein.
 
1982 (umur 79): Menjadi Presiden Majlis Dakwah Serantau
Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) (1982 – 1988).
 
1990 (umur 87): Mangkat pada 6 Disember, dan disemadikan
di Makam Diraja Langgar di Alor Star.
 

No comments:

Post a Comment