Friday, 31 August 2012

Jantung Pisang Makan Petang


Biasanya jantung pisang ni orang buat masak lemak @ ulam....  Tapi bagi aku plak aku jadikan jantung pisang ni makan petang....  x perlu masak, just gaul2 je...

Bahan2

Jantung Pisang ( 1 Jantung)
Cili                  ( 3-4 biji)
Gula                ( 4 sudu besar)
Garam             ( secukup rasa
Belacan           ( secukup rasa)
Cuka               (Secukup rasa)

Cara2

1.   Potong jantung pisang ( kecil2). Rendamkan dgn air garam supaya hilang rasa pahit..
2.   Tumbuk cili, gula, garam dan belacan..Tumbuk sehingga lumat..
3.   Tumbuk jantung pisang.. X perlu sampai lumat..
4.   Gaulkan sume bahan2 y tlh d tumbuk td.
5.   Akhir sekali masukkan cuka secukup rasa..

- Lepas makan ni, comfirm dahaga air-

Buah Hutan

                                                                Buah  cenderai


                                                                Buah  Senduduk



                         Kenal x buah y kat atas ni???? Pernah tgk x???  haaa...  Budak2 bandar comfirm x pernah tgk....  Aku membesar dgn buah ni la kat kg.... x de la sampai jadi makanan ruji tp selalu jgk la aku makan buah ni..... Sebenarnya pengalaman aku sbgai budak kg sgt best....  Tempat main aku selalunya kat dlm hutan.... x de la hutan besar macam amazon tu, just hutan kecil belakang umah....  Dan bila kat dalam hutan tu buah ni la aku selalu makan...  Sekarang ni entah ada entah tidak sebab aku dah jarang masuk hutan tu...

                          Buah cenderai tu sedap, manis... Tapi jgn amek y kering la sebab tawar....Buah cenderai y blom masak blh buat peluru cakplong... Cakplong???? ape tu??? Haa....mesti korang x pernah tgk kan...


                                                                Ni la cakplong....

                          Fungsi cakplong ni macam senapang la..Untuk menembak.. Tapi x de la hebat macam senapang... Yang buah senduduk tu plak, lepas kita makan, sure lidah akan jadi purple... Aku rasa budak2 sekarang ni dah x kenal buah ni sume....  Maklumlah, zaman dah semakin moden....  Stay kat umah men game...Apa class...

- Klu cari kat Tesco, sure x de-

Thursday, 30 August 2012

Biodata Tunku Abdul Rahman

 
 Dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar,
Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin,
Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak
yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah,
Sultan Kedah yang ke-24. Bondanya Cik Menyelara,
seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah gahara,
ialah anak perempuan Luang Naraborirak (Kleb),
seorang pegawai daerah Thailand. Kelahiran Tunku disambut secara
biasa sahaja kerana beliau bukan bakal pengganti Sultan Kedah.
Pengganti Sultan Kedah, Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid,
telah pun berumur 30 tahun ketika itu

Pendidikan :
1911 - Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar.
1916 - Penang Free School, Penang.
1925 - Lulus B.A. dari University Cambridge.
1945 - Lulus LLB, dari Inner Temple, London.
 
 
 
                            1903: Dilahirkan pada 8 Februari di Istana Tiga Tingkat,
                                     Alor Setar yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin.
                           
                            1913 (umur 10): Beliau dihantar ke Bangkok untuk menetap
                                     bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid,
                                     iaitu abang sulung Tunku Abdul Rahman.
                                     Tunku belajar di Sekolah Debsirindir, Bangkok.
 
                             1916 (umur 13): Pulang ke Kedah dan memasuki
                                     Penang Free School.
 
                             1919 (umur 16): Belajar di England.
 
                             1925 (umur 22): Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera
                                     (Sejarah) dengan bantuan dan kerjasama dari sahabatnya Taib Andak.
 
                            1927 (umur 24): Dihantar semula ke England untuk
                                     belajar undang-undang di Universiti Cambridge kerana keluarganya
                                     tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu.
 
                            1930 (umur 27): Lulus semester pertama, jurusan
                                     undang-undang di Inner Temple.
 
                            1931 (umur 28): Berkhidmat sebagai pegawai latihan di
                                     Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah dengan gaji sebanyak
                                     RM300.00 sebulan, dan kemudiannya sebagai
                                     Penolong Pegawai Jajahan di Kulim.
 
                            1932 (umur 29): Berkhidmat sebagai Pegawai Jajahan
                                     di Kuala Nerang.
 
                            1933 (umur 30): Berkahwin dengan Mariam, gadis kacukan
                                    Cina-Siam, anak tauke lombong Cina di Alor Setar. Akhir 1933,
                                    Mariam melahirkan anak perempuan dan dinamakan
                                   Tunku Khatijah ibni Tunku Abdul Rahman. Kemudian anak lelaki
                                   bernama Tunku Ahmad Nerang ibni Tunku Abdul Rahman.
 
                            1934: Mariam meninggal dunia kerana penyakit malaria di Kuala Nerang,
                                      Kedah. Tunku berkahwin dengan kekasih lamanya
                                      Violet Coulson di Geylang Serai, Singapura.
 
                            1935 (umur 32): Dipindahkan ke Pulau Langkawi oleh Penasihat British,
                                    Clayton. Selain itu , perkahwinan Tunku dengan
                                    Violet kurang direstui.
 
                            1937 (umur 34): Bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani.
                                     Beliau juga bertindak sebagai hakim daerah Sungai Petani dan
                                     Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani.
 
                            1938 (umur 37): Pergi ke England buat kali ke-3 untuk
                                     menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang.
                                     Antara temannya ialah Saadon Zubir. Tunku berbaik semula
                                    dengan isterinya yang telah diceraikan , Violet Coulson.
 
                             1939 (umur 36): Kembali ke Kedah kerana ada berita perang
                                      akan meletus di Eropah.Berkahwin dengan
                                      Syarifah Rodziah binti Syed Barakbah .
                                      Syarifah Rodziah Syed Syeikh Barakbah ialah
                                      adik rakan sekuliahnya di England iaitu Syed Omar Barakbah.
                                      Perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun.
 
1940 (umur 37): Dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan
Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.
 
1941 (umur 38): Jepun menyerang Kota Bharu ,
Kelantan pada 8 Disember.
 
1947 (umur 44): Berangkat semula ke England untuk
menyambung pengajian * 1948 (umur 45):
Dipanggil ke bar di Inner Temple.
 
1949 (umur 46): Pulang ke Tanah Melayu. Pada mulanya,
beliau dihantar ke pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star.
Kemudian beliau memohon untuk bertukar ke Kuala Lumpur.
Di Kuala Lumpur, Tunku menjadi Timbalan Pendakwa Raya
dan kemudiannya, dilantik sebagai Presiden Mahkamah Sesi.
 
1946: Menyertai UMNO.
 
1951 (umur 48): Menjadi Presiden UMNO pada Oktober sewaktu
 Datuk Onn Jaafar meletakkan jawatan. Menganjurkan
Pertandingan Membaca Al-Quran peringkat negeri
yang pertama di Kedah.
 
1954 (umur 51): Mengetuai satu rombongan ke England untuk
berbincang bagi menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu,
tetapi kunjungan itu tidak berhasil.
 
1955 (umur 52): Pilihan raya persekutuan umum yang
 pertama diadakan, dan Parti Perikatan(Barisan Nasional)
memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.
Dengan majoriti ini, Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai
Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama.
Satu lagi rombongan ke London diadakan.
 
1956 (umur 53): England bersetuju untuk memberikan kemerdekaan
kepada Tanah Melayu. Sebaik pulang dari England,
Tunku mengisytiharkan berita gembira ini buat
kali pertamanya pada 20 Februari di Bandar Hilir, Melaka.
 
1957 (umur 54): Persekutuan Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos. Memperkenalkan
kejohanan Pestabola Merdeka,
 yang merupakan pertandingan bolasepak antarabangsa.
 
1958 (umur 55): Dilantik sebagai Presiden pertama
Asian Football Confederation (AFC) (1958 – 1976).
 
1960 (umur 57): Menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM),
sebuah pertubuhan untuk membantu golongan mualaf dalam
menyesuaikan hidup baru sebagai Muslim.
 
1961 (umur 58): Memulakan penubuhan Association of
Southeast Asia (ASA) yang menggabungkan Tanah Melayu,
Thailand dan Filipina. Menjadi tuan rumah Pertandingan
Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang pertama.
 
1963 (umur 60): Membentuk Malaysia pada 16 September,
apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura,
Sarawak dan Borneo Utara (sekarang Sabah).
 
1967 (umur 64): ASA dibubarkan untuk memberi laluan kepada
 persatuan yang lebih besar, iaitu
Association of Southeast Asian Nations.
 
1969 (umur 66): Membantu menubuhkan
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantik sebagai
Setiausaha Agungnya yang pertama.
 
1971 (umur 68): Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri
dan Presiden Umno dan digantikan oleh timbalannya,
Datuk Abdul Razak Hussein.
 
1982 (umur 79): Menjadi Presiden Majlis Dakwah Serantau
Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) (1982 – 1988).
 
1990 (umur 87): Mangkat pada 6 Disember, dan disemadikan
di Makam Diraja Langgar di Alor Star.
 

Merdekakah kita....

    




            Selamat Menyambut Kemerdekaan Malaysia yang ke 55.... 
Kita mungkin sudah merdeka dari segi jasmani tetapi dari segi rohani adakah kita sudah merdeka????  Pada pendapat aku kita masih dijajah dari segenap segi.... Fesyen, hiburan, pertuturan, tingkah laku dan macam2 lagi la....  Dan golongan manakah y mudah d jajah... sudah tentu golongan muda y terlalu mementingkan trend.....  Cuba tanya anak2 muda, apa jadi klu x ikut trend???? Ketinggalan zaman katanya.... X payah nak ketinggalan zaman sgt la....  Kita jgn terlalu jadi hamba kepada hiburan dan fesyen....  Hiburan dan fesyen y melampau boleh merosakkan akhlak anak remaja kita .....  Y paling menyedihkan, d saat kita nak sambut kemerdekaan, anak2 muda kita semakin 'galak' buat maksiat......  MERDEKAKAH KITA???????


- Apakah makna Kemerdekaan kpd kita???? -

Saturday, 25 August 2012

Ya Allah, Kau hindarkanlah aku dari sikap y suka mengungkit-ngungkit.....

Thursday, 2 August 2012

Simfoni - Mencari pengampunan Illahi



   Simfoni merupakan sebuah kumpulan nasyeed dari Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar, Kedah..  Klu x silap aku, umo ahli2 group ni 20 tahun...  Juga merupakan bekas2 pelajar Maktab Mahmud, Alor Setar...  So, enjoy ye dgn video ni.. Lagu sgt best..Superb...

Tabarruj and Eid' ul Fitri


            X salah kalau kita nak bercantik2.. Tapi biarlah berpada-pada.. Allah pon sukakan kecantikan.. Y paling penting, niat kerana Allah.. Bukannya niat nak tarik perhatian orang OK.....

Wednesday, 1 August 2012

Najwa Latiff - AdaMu

Assalamualaikum. Alhamdullilah, AdaMu as a tribute for this special month. This is Official Music video AdaMu. I hope everyone can relate to this song, and always know that Allah will always be there for us, no matter what- Najwa latif

Fadhilat Ramadhan