Saturday, 23 June 2012

Di Mana Sesatnya Al-Arqam Part 2

           Jemaah Al-Arqam percaya bahawa Syeikh Muhammad Suhaimi adalah Imam Mahdi. Muhammad Abdullah Khairillah bin Muhammad, cucu kpd Syeikh Suhaimi y memberitahu Abuya bahawa datuknya adalah bakal menjadi Imam Mahdi..  Juga mempercayai bahawa Abuya merupakan Pemuda Bani  Tamim....

           Kemuncak pembongkaran pembohongan Abuya adalah apabila isteri kpd setiausaha peribadi Abuya bernama Azura ditangkap d bawah ISA. D atas penangkapan itu, ramai pemimpin Al-Arqam tertanya2. " Kenapa dia dtangkap? Dia bukan pimpinan dlm Muslimah Al-Arqam"..  Faktor Azura terus menjadi teka -teki kpd mereka, bekas peminpin2 Al-Arqam hinggalah pada  Ogos 1996, Majalah Al-Islam menyiarkan pembohongan Azura y telah mendakwa menjadi orang perantaraan Yaqazah Ustaz Asaari dgn "Rasulullah". 

           Semasa kursus di kamunting, Saudara Zabidi Mohamed tlh dmaklumkan oleh rakan2 y lain bahawa mereka tlh d beri peluang membaca buku pengakuan Abuya setebal 800 muka surat. Dalam buku tu, Abuya mengaku tdk pernah beryaqazah dgn "Rasulullah" malah dia hanya  menggunakan orang perantaraan dlm ' ekspedisi kerohaniannya'. 

           " Saya tahu Ustaz Asaari bukan wali, sebab tu saya berani tipu dia". Ayat y keluar drpd mulut Azura  d hadapan lbh 200 org peserta d Kursus Pemurnian Aqidah anjuran  JAKIM.

           " Kenapa Abuya  sanggup gadaikan iman pengikut-pengikutnya demi perjuangannya y tdk berpijak d bumi nyata ini?Kenapa!? Mereka anak2 buah kita nun jauh d perkampungan tlh berkorban segala-galanya, harta, wang ringgit, tenaga dan segala-galanya y ada pada mereka, hanya kerana cinta mereka pada Abuya dan kerana menanti dan mengharap kedatangan Daulah Islamiyah. Sekarang ini mereka hidup miskin, papa kedana mengharap janji dari jadual Allah  y selalu d perkatakan oleh Abuya. Dan kita, para pemimpin ini, pula kerana taksub kita juga, tlh menanamkan lagi rasa taksub ini dlm diri mereka. Kerana kita, mereka bertambah taksub kpd Abuya lbh drpd kita. Macam mana kita nak beritahu mereka apa y tlh kita perjuangkan selama 26 tahun ini tlh berakhir seperti ini? Kita semua mesti bertanggungjawab. Lebih berat lagi kita telah menghina Rasulullah  s.a.w . Nama Rasulullah telah kita jaja rata-rata. Ya Allah, besarnya dosa kami, Ya Allah. Macam mana kita harus meminta maaf kpd mereka semua?"

              Itulah antara perkataan y terkeluar drpd hati sanubari Saudara Zabidi Mohamed pada dua tiga orng sahabat2 y mana mereka juga hanya mampu mengeluarkan air mata rasa kesal dgn apa y tlh berlaku kpd jemaah Al-Arqam .. ada y meraung menangis kesal atas apa y berlaku.
                

2 comments:

  1. Rujuk buku 'Arqam, tersungkur di punti syurga' tulisan Zabidi Mohamed. Sangat derail penerangannya,pengalaman menjadi orang kuat Arqam. Dan ini adalah petikan buku tersebut..=)

    ReplyDelete