Thursday, 28 June 2012

Amar Makruf Nahi Mungkar

      
p/s : Neraka itu d pagari oleh keseronokan dan kemewahan manakala Syurga itu d pagari oleh godaan dan    halangan...

Tuesday, 26 June 2012

DEMI KERANA CINTA




Adilla meraba2 ke perutnya seolah-olah janin didalam rahimnya sedang bergerak2 walaupun kandunganya baru berusia 3 minggu.Tidak sabar rasanya Adilla hendak menunggu selama 8 1/2 bulan untuk melahirkan bayinya itu dan mendakapnya.Tiba2 kegelisahan bermain2 sejenak difikiran Adilla.
 
"dapatkah aku melihatnya nanti."bisik hati kecilnya.
 
Kata2 doktor Zaidah membuat Adilla tidak ketentuan.Kebimbangan dan ketakutan mulai mengganggu emosinya.
 
"awak masih nak teruskan juge ke kandungan awak tu puan Adilla.Ia benar2 akan memberikan risiko yang tinggi kepada awak nanti."jelas doktor Zaidah.
 
"walau apa pun yang terjadi saya tetap akan meneruskan kehamilan saya ini dan akan melahirkannya.Dialah satu2nya penyambung nyawa saya di dunia ini kerana saya tiada sesiapa lagi di sini."Adilla tetap dgn keputusannya.
 
Berita tntg kehamilannya belum lagi disampaikan kepada suami dan mertuanya.Suaminya Mustakim yang dinikahinya 4 bulan yang lalu adalah atas dasar pilihan ibu mertuanya yang telah menjadi ibu angkat Adilla sejak dia berumur 12 tahun dimana kesemua keluarganya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya.
 
Oleh kerana Adilla tidak mahu membuat ibu mertuanya kecewa dan berkecil hati,dia terpaksa juga menikahi abang Mustakim yang telah dianggap sebagai abang kandungnya sendiri.
 
Adilla juga tidak mahu digelar sebagai seseorang yang tidak tahu mengenang budi kerana ibu mertuanya benar2 menyayanginya dan dia diberikan segala2nya seperti anaknya sendiri.
 
Tetapi Adilla tahu abang Mustakim tidak menyintainya kerana dia telah pun mempunyai kekasih.Sebelum menikahi Adilla,ibu mertuanya telah menentang hubungan abang Mustakim dengan Haidah dan sekiranya abang Mustakim tetap berdegil,ibu mertuanya tidak akan menganggap abang Mustakim sebagai anaknya lagi.Adilla juga serba salah,sehinggakan Haidah menyalahkannya
 
"ingat Dilla,walaupun kau yang kahwin dengan Mus,aku tetap akan bersama2 dia.Mus hanya cintakan aku."ugut Haidah.
 
Adilla hanya berdiam diri dan dia tahu sampai sekarang abang Mustakim masih menemui Haidah.
 
"tapi kaukan isteri yang sah,kau berhak ke atas suami kau."
 
"memang aku berhak tetapi dari zahirnya aje,batinnya tidak.Abang Mus langsung tidak mencintaiku."terang Adilla lagi.
 
"habis,kandungan kau tu bukan tanda cinta ke?.."soal Ani.
 
"aku hanya menjalankan kewajipan pada suamiku,sekiranya dia mahu aku melayannya takkan aku hendak membantah.Lagipun kandungan ini adalah satu anugerah buat diri aku."Adilla menjelaskannya lagi lalu menggosok2 perutnya.
 
Kandungan Adilla hampir mencecah 2 bulan tetapi dia masih belum lagi menyampaikan berita gembira itu kepada abang Mus dan ibu mertuanya.Seolah2 Adilla ingin merahsiakannya.Memandangkan tubuhnya yang kurus dan perutnya yang kecil,tiada siapa akan tahu bahawa Adilla sedang mengandung.Dia juga tidak mengalami muntah2 atau loya seperti kebanyakkan wanita hamil yang lain,hanya beberapa hari saja selepas itu segala2nya seperti biasa.
 
"Dilla,ibu teringin sangat nak menimang cucu,bilalah agaknya tu yea?"ibu mertuanya bersuara di kala mereka minum petang bersama.
 
Adilla faham maksud ibu mertuanya,tetapi dia sengaja buat2 tidak faham.
 
"sabarlah bu..pasti ada rezeki nanti.Lagipun sekarang ini abang Mus sibuk sangat dan sering out station."jelas Adilla berselindung disebalik kebenaran.
 
Sebenarnya Adilla tahu abang Mustakim pergi kemana.Sudah hampir seminggu abang Mustakim tidak pulang kerana dia sedang berbulan madu bersama Haidah.
Adilla benarkan abang Mus berkahwin dengan Haidah kerana dia tidak mahu mereka melakukan dosa dan dia juga mahu memberikan kembali hak Haidah yang telah diambilnya dulu.

"terima kasih Dilla kerana benarkan abang berkahwin dengan Haidah,abang janji abang tak akan mengabaikan Dilla.Tapi jangan beritahu ibu yea."ucap Mustakim gembira bila Adilla menyuarakan agar dia dan Haidah bernikah saja.
 
"Dilla tak kisah abang..Dilla tahu abang hanya cintakan Haidah.Kerana Dilla lah abang terpaksa bernikah dengan Dilla."jelas Adilla sedikit kecewa.
 
Adilla akui sedikit sebanyak dia telah mula mencintai abang Mustakim dan dia tidak pernah menyuarakan kepada suaminya kerana dia tahu dia hanya bertepuk sebelah tangan.Jadi biarlah dia berkorban untuk kebahagiaan abang Mus.Lagipun abang Mus tidak pernah memarahi dia ataupun memukulnya walaupun dia dipaksa bernikah dengan Adilla.Abang Mus tetap melayannya dengan baik tetapi tidak seumpama kemesraan seorang suami kepada isterinya.Tetapi Adilla teramat merindui belaian itu.
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
Tiba2 malam ini sakit kepalanya menyerang lagi,sepantas kilat Adilla mengapai ubatnya yang tersimpan rahsia di almarinya.Tidak siapa pun yang tahu tentang kesakitan yang Adilla sedang alami sekarang ini.Ubatnya tinggal sedikit sahaja,esok dia akan [ergi membelinya dari doktor Zaidah.
 
"sampai bila awak nak begini Dilla,penyakit awak tu dah semakin serius.Sekarang awak dah mengandung pula,tentu semakin sukar untuk melakukan pembedahan."soal doktor Zaidah simpati.
 
"tak apalah doktor,saya boleh menanggungnya,yang penting bayi saya sihat."jawab Adilla sedikit lemah kerana penyakitnya yang mula menyerangnya kembali.
 
"tak tahulah saya macam mana nak nasihat awak,pergorbanan awak nie terlalu besar. Awak sememangnya kuat dan tabah.Kalau orang lain yang berpenyakit tumor otak seperti awak nie dah lama mereka give-up."doktor Zaidah mengagumi Adilla.
 
Adilla mengidap penyakit kanser tumor di otak setahun yang lalu bila dia sering saja sakit kepala hingga tidak tertahan rasanya.Dengan nasihat rakan2 sepejabatnya Adilla bersetuju untuk membuat pemeriksaan.
 
"maafkan saya Adilla,
nampaknya penyakit awak nie terlalu serius.Saya harap awak dapat menerima kenyataan ini sekiranya saya memberitahu awak."terang doktor Zaidah seorang pakar kanser.
 
"apa dia doktor beritahulah saya,walaupun ia memeritkan."tanya Adilla pula.
 
"begini Adilla...awak sebenarnya mengidap kanser tumor di otak dan ia sudah diperingkat kritikal.Awak perlu menjalani pembedahan segera,jika tidak ia akan membawa maut kepada awak."doktor Zaidah berterus-terang.
 
Adilla terkedu sejenak mendengar penjelasan doktor Zaidah.Dia jadi tidak ketentuan dan bingung.Haruskah dia memberitahu keluarga angkatnya.

"cik Dilla..awak ok ke??"tanya doktor Zaidah bila melihat Adilla hanya berdiam diri.
 
"saya ok doktor...Cuma saya rasa perkara ini janganlah diberitahu kepada sesiapa.Ini rahsia kita berdua."balas Adilla sedikit kegugupan menahan sebak.
 
"tapi..keadaan awak agak merbahaya,takkan awak tidak mahu menjalani pembedahan."tanya doktor Zaidah berkerut dahinya.
 
"tidak doktor..tolong saya simpan rahsia ini.Buat masa ini biarlah saya begini dan saya sanggup menanggung kesakitannya.Please!!doktor rahsiakan yea." rayu Adilla berharap.
 
"baiklah!!terserah kepada awak,kalau nanti awak sudak menukar fikiran...hubungilah saya.Sementara ini saya hanya boleh memberikan ubat menahan kesakitan saja."ujar doktor Zaidah lagi.
 
Adilla tidak mahu menyusahkan keluarga angkat dan mertuanya ini,jadi dia sanggup menanggung kesakitan.Difikirannya hanya tidak mahu bergantung sepenuhnya dengan mereka.Mana hendak dicari duit pembedahan yang begitu tinggi.Jadi ia berlalu begitu sahaja dan Adilla terpaksa menelan ubat bila kesakitan itu menyerang.
 
Mungkin ini adalah kesan kemalangan yang dialaminya kerana semasa kemalangan itu yang meragut kesemua nyawa keluarganya,hanya Adilla yang terselamat.Dia memang terhantuk kuat tapi dikesan tidak membahayakan jadi dia tidak pernah menjalani pemeriksaan lanjut selepas itu.
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
Adilla berasa takut kerana usia kandungannya sudah nak masuk ke 4 bulan dan perutnya sudah kelihatan sedikit membenjol.Lalu dia memikirkan sesuatu untuk mengelakkan diri dari suami dan mertuanya.
 
"bang...Dilla nak cakap sesuatu boleh?"Adilla menyuarakan apa yang sedang dia fikirkan kini.

"cakaplah.."balas Mustakim pendek.
 
"begini,syarikat Dilla nak buka cawangan di Pulau Pinang jadi mereka memerlukan seorang pegawai untuk ke sana selama 7 bulan,Dilla telah dipilih tetapi Dilla belum memberikan jawapannya.Kalau abang benarkan dan setuju Dilla ingin menerima tawaran syarikat Dilla itu."cerita Adilla seolah2 serius.
 
"kalau Dilla rasa Dilla boleh melakukan dan Dilla suka,pergilah..abang tak halang."jawab Mustakim tanpa berfikir panjang.
 
"terima kasih bang..lagi 2 hari Dilla bertolak."

Adilla tahu pasti Mustakim membenarkannya kerana dia tidak kisah pun kalau Adilla hendak kemana,kerana dihatinya tiada perasaan kasih dan sayang.Adilla sedikit sedih tetapi untuk melindungi kebenaran dia harus berada jauh dari mereka.
 
Sebenarnya pun Adilla tidak akan kemana2,dia hanya akan menumpang dirumah Ani sehinggalah dia selamat melahirkan anaknya.Ibu mertuanya agak keberatan untuk membenarkan Adilla pergi.
 
"tak de orang lain ke yang nak dihantar kesana Dilla..lama tu,nanti ibu rindukan Dilla."ibu mertuanya bersuara sedih.
 
"ibu,bukan lama sangat 7 bulan aje.Nanti Dilla telefon ibu tiap2 hari,Dilla janji ok."jelas Dilla untuk menyedapkan hati ibu mertuanya.
 
Adilla dijemput oleh Ani dengan keretanya petang itu.Adilla melihat ibu mertuanya begitu sedih dan hati Dilla tidak keruan juga dibuatnya.Tetapi demi cintanya pada suami dan keluarga mertua,Dilla harus mengelakkan mereka dari mengetahui perkara sebenar.
 
"tengok tu Dilla kesian ibu mertua kau,dia benar2 sayangkan kau..beritahu sajalah tentang kandungan kau tu.Mengapa pula kau nak simpan2 rahsia lagi."suruh Ani ketika didalam kereta.
 
Adilla hanya berdiam diri,berterus-terang hanya akan menambah luka dihati mereka.Kalau mereka tahu dia sedang menderita sakit pasti mereka tidak setuju dia mengandung sekarang ini.Mungkin sedari awal kehamilan mereka akan menyuruh dia menggugurkan kandungannya.
 
Adilla juga tidak mahu meraih simpati abang Mustakim.Jangan pula bila diketahui dia sedang sakit,abang Mustakim hanya akan mendekatinya kerana kasihan bukan kerana cinta.Tiada sesiapa yang mengetahui Adilla sedang menanti maut dan bersendirian mengharungi kesakitannya itu yang secara tiba2 akan menyerangnya.
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
Hari ini Adilla ke hospital untuk pemeriksaan kehamilannya.Tanpa disedarinya tiba2 Haidah telah ternampak Adilla dan dia telah bersembunyi dari pandangan Adilla.Haidah juga nampak Adilla keluar dari bilik doktor Zaidah dan setelah Adilla berlalu,Haidah merapati bilik itu.
 
"Doktor Zaidah-Pakar Tumor Otak."Haidah membaca ayat yang tertera di pintu bilik doktor itu.
 
Haidah mengetuk bilik itu dan kelihatan seorang doktor wanita keluar dan menyapanya.
 
"ye cik,cari siapa??"tanya doktor Zaidah.
 
"saya menunggu Adilla,dia ada ke..??"balas Haidah berbohong.
 
"dia baru keluar,cik nie datang bersama2 dia ke..bagus laa saya pun baru nak telefon dia suruh ambil ubat kerana dia telah tertinggal ubat dia di sini."terang doktor Zaidah.
 
"oh ya..dia pun suruh dia ambilkan ubat tu,kerana dia penat sekali nak datang kemari.Dia sedang menunggu dibawah tu.Doktor boleh berikan kepada saya,nanti saya berikan pada Dilla ye."jawab Haidah selamba.
 
Baru doktor Zaidah hendak melangkah pergi setelah diberikan ubat itu kepada Haidah,dia telah ditahan sekali lagi oleh Haidah.
 
"ada apa lagi cik.."
 
"begini doktor,boleh kita berbincang sikit tentang Adilla."pinta Haidah untuk mengorek rahsia sebenar Adilla.
"dia dah ceritakan kepada awak ke?"tanya doktor Zaidah lagi tanpa mengesyaki apa2.
 
Haidah terpaksa berbohong untuk mengetahui perkara sebenar.
 
"yea doktor..dia dah ceritakan pada saya.Boleh kita bincang sesuatu doktor."suara Haidah lagi berharap.
Mereka pun menuju ke bilik agar tidak didengari oleh sesiapa di luar.Doktor Zaidah tidak mengetahui bahawa Haidah hanya membohonginya lalu doktor Zaidah telah meminta agar Haidah menasihatkan Adilla.
 
"saya harap awak pujuklah Dilla untuk setuju menjalani pembedahan ini,keadaan dia sudah serius dan memandangkan dia sedang mengandung 5 bulan sekarang sudah tentu sukar untuk membuat pembedahan jadi saya terpaksa menunggu sehingga dia melahirkan bayinya."doktor Zaidah berterus-terang.
 
Haidah termangu sebentar dan hatinya menjadi resah setelah dia mengetahui cerita sebenarnya.Oleh kerana tidak telah menipu doktor Zaidah dia merasakan dia terpaksa bersetuju untuk memujuk Adilla.
 
"baiklah doktor saya akan memujuknya nanti."ujar Haidah sedih.

Haidah pun berlalu keluar dari bilik doktor Zaidah dengan seribu penyesalan kerana selama ini dia sering menyakiti Adilla.Kenyataannya Adilla sedang berjuang dengan maut dan sanggup menghadapi risiko untuk mengandung.
 
Kalau dirinya pasti dia tidak sekuat Adilla.Sekarang ini Haidah sendiri tidak boleh mengandung kerana jangkitan kuman di rahim telah membuat dia terpaksa membuang peranakannya itu.Ini bermakna dia langsung tidak dapat memberikan zuriat kepada Mustakim.
 
Haidah bertekad untuk mencari Adilla.Dia menunggu diluar pejabat Adilla dan tiba2 Adilla kelihatan di luar lif dimana Haidah sedang menanti.Alangkah terperanjatnya Adilla bila terlihat Haidah berada di situ.Adilla cuba melarikan diri tapi ditahan oleh Haidah.
 
"kak Dilla."panggil Haidah lembut.
Adilla terkejut kerana Haidah memanggil dia kakak.
 
"kak Dilla..Idah nak cakap sesuatu dengan kak Dilla,please!!"rayu Haidah yang masih memegang tangan Adilla.
 
"oklah..jom kita pergi ke taman."ajak Adilla lembut.
 
Tetapi Adilla masih belum mengetahui apakah tujuan Haidah ingin berbicara dengannya.Setibanya mereka ditaman,belum sempat Haidah membuka mulut,Adilla terlebih dahulu yang bersuara.
 
"Idah..kak Dilla minta tolong sesangat dengan Idah,janganlah bagi tahu abang Mus yang kak Dilla masih disini,kerana kak Dilla telah berbohong bahawa akan pergi ke Pulau Pinang tapi sebaliknya."kata2 Adilla terhenti disitu dan tangannya meraba2 ke perutnya.Mungkin kerana kesakitan ataupun bayinya bergerak2.
 
"Idah tahu kak..kenapa kak Dilla berbohong dengan abang Mus.Idah juga tahu kak Dilla sekarang ini sedang menderita sakit kerana kanser tumor di otak kak Dilla."Haidah berterus-terang.
Adilla terkejut dan terdiam bila Haidah memberitahunya yang Haidah telah pun mengetahui tentang penyakitnya ini.
 
"macam mana Idah tahu nie,siapa beritahu Idah??"Tanya Adilla berkerut dahinya.
 
"hari tu Idah ternampak kak Dilla sedang keluar dari bilik doktor Zaidah,lalu Idah pun menyorok agar kak Dilla tidak nampak Idah.Idah juga telah mempedayakan doktor Zaidah untuk menceritakan tentang kakak.Ini ubat kak Dilla yang Idah ambil dari doktor Zaidah."cerita Haidah satu-persatu.

Ardilla dan Haidah melayan perasaan masing-masing.Kemudian Ardilla bersuara tenang.

"Idah ke hospital untuk apa pula.Idah dah hamil yea."tanya Adilla kembali kepada Haidah.

"tidak kak..Idah dah tak boleh mengandung lagi.Rahim Idah dah dibuang dan sampai bila2 Idah tidak boleh berikan abang Mus zuriat."jelas Haidah sedih.

"jangan sedih Idah,nanti bila kak Dilla dah tiada lagi,Idah ambillah anak kakak nie dan peliharalah dia dengan baik ye!!"suara Adilla gugup dan airmata mulai menitis kepipinya.

"jangan cakap gitu kak Dilla..kakak mesti jalani pembedahan,bayi ini memerlukan kak Dilla.Kak Dilla mesti hidup kerana kami semua sayangkan kak Dilla lebih2 lagi ibu mertua kita kak."Haidah memujuk dan menenangkan Adilla.

"Idah..kakak rasa semuanya sudah terlambat Idah,harapan kakak untuk hidup agak tipis Idah.Tetapi demi bayi ini kakak akan terus harunginya sehinggalah kakak melahirkannya."ujar Adilla lagi sedih.

Kedua-dua mereka membisu dan termenung sejenak memikirkan sesuatu.

"Idah..kakak minta tolong sangat dengan Idah,janganlah beritahu abang Mus tentang kakak dan penyakit kakak ye..tolong yea Idah,kakak berharap sangat!!"rayu Adilla.

"tapi kak Dilla.."kata2 Haidah terhenti kerana terlalu sedih.

"tolong Idah..tolong yea kalau Idah sayangkan abang Mus dan kakak tolong simpan rahsia ini."rayu Adilla lagi.

Haidah terpaksa menuruti kehendak Adilla walaupun dia keberatan untuk berbuat demikian.Mereka berpelukan dan menangis.Semenjak pertemuan itu Haidah sering melawat Adilla dan menemaninya ke hospital untuk memeriksa kandungannya.Hubungan mereka menjadi semakin akrab dan mesra sekali seperti adik-beradik.

Adilla bersyukur disaat-saat begini ada insan seperti Haidah yang juga madunya yang begitu mengambil berat tentang dirinya kini.Haidah juga semakin tidak sabar2 untuk menyambut kelahiran bayi Adilla walaupun dia tidak memikirkan kalaulah Adilla masih panjang umurnya,dia tetap berasa gembira kerana itu adalah anak abang Mustakim.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Usia kandungan Adilla sudah mencecah ke 6 1/2 bulan dan kelihatan besar sekali perut Adilla sehinggakan dia berasa tidak berdaya untuk berjalan dek perutnya yang lebih besar dari tubuhnya.Seperti biasa Haidah akan menjemput Adilla untuk pergi ke hospital.

Sewaktu dilakukan imbasan ultrasound keatas janinnya tiba2 doktor tersebut dapat mendengar 2 nadi yang bergerak di dalam rahim Adilla.Setelah diperiksa didapati ada dua bentuk tubuh dan bertapa gembiranya Adilla kerana dia berkemungkinan melahirkan anak kembar.Haidah juga gembira kerana ini mungkin juga rezeki untuk dia yang tidak dapat melahirkan anak.

Bagi doktor Zaidah,ia adalah sesuatu yang menakutkan kerana ia pasti membahayakan kesihatan Ardilla dan bila berlaku komplikasi sewaktu untuk melahirkan nanti,risiko terhadap Adilla terlalu besar.

"saya rasa awak perlu melahirkan bayi2 ini lebih awal melalui pembedahan dari jangka yang sepatutnya Dilla...kerana nyawa awak mungkin dalam bahaya nanti."jelas doktor Zaidah.

"buat laa apa yang sepatutnya doktor asalkan bayi saya selamat!!"ujar Adilla bersemangat.Namun Adilla tetap gusar dan bimbang.

Haidah sendiri merasa takut kalau terjadi sesuatu yang buruk keatas diri Adilla.Disebalik kegembiraan mendapat anak kembar,Haidah juga merasakan Adilla terpaksa bertarung nyawa demi anak2nya.

"kesian kak Dilla."bisik hati kecil Haidah dan hatinya menangis.

Adilla terpaksa berhenti kerja kerana dia tidak berupaya untuk berjalan lagi.Kandungannya pun sudah masuk ke 7 bulan.Dia terpaksa duduk di rumah Ani dan Haidah selalu juga datang untuk menemainya bila abang Mustakim out station.Haidah terasa tidak sedap hati melihat Adilla semakin pucat dan lemah.

Sejak akhir-akhir ini penyakit Adilla sentiasa datang menyerang.Bertambah pilu melihat keadaan Adilla yang semakin tidak tertahan menanggung kesakitan yang teramat sangat.

"kak Dilla,sakit kea kak,Idah tengok kakak semakin lemah nie.Kita pergi hospital nak."tegur Haidah.

"tak pe..laa.. Idah!!ka..kak masih ku..at lagi nie."balas Adilla tersekat2.

Haidah semakin bimbang melihat keadaan Adilla.Tanpa kebenaran Adilla,Haidah memangku Adilla dan terus dibawanya ke kereta.Hati Haidah semakin terasa bimbang dan khuatir.

Setibanya mereka di hospital,Adilla segera di bawa ke bilik kecemasan.Haidah menanti dengan sabar dan tiba2 kelihatan doktor Zaidah keluar.

"cik Idah..Dilla harus melahirkan bayinya sekarang melalui pembedahan kerana keadaan Dilla semakin parah.Lekas cik Idah tandatangani borang tu."saran doktor Zaidah sedikit kelam kabut.

Haidah menjadi semakin takut dan tanpa memikirkan lagi dia terus menghubungi Mustakim dan mertuanya.Sementara menanti Adilla melahirkan,sejurus itu Mustakim dan keluarganya sampai.

"kenapa Idah?.Siapa yang Idah tunggu nie.Idah nampak gelisah saja."tanya Mustakim.

"eh!!kenapa kau disini,panggil kami nie,kau nak buat hal yea."ibu mertuanya sedikit marah.Lagipun mereka tidak mengetahui bahawa Haidah sudah menikahi Mustakim

"ibu..sabar bu,jangan buat kacau kat sini,biarkan Idah cerita dulu."sambung Mustakim.

"yelah awak nie,tak tau nak sabar, meluru aje!!"bapa mertuanya pula bersuara.

Haidah kekeliruan dan gementar.Perasaan sebak mulai mengganggu hati dan fikirannya.Dia menangis teresak2.

"menangis pula dia."marah ibu mertuanya lagi.

"Idah..mengapa nie,cakap lekas.."pujuk Mustakim.

"kak..kak..kak Dilla dalam ba..ha..ya.. se..karang."jelas Haidah tersekat-sekat.

"apa Dilla."terjerit ibu mertuanya bila mendengar Haidah menyebut nama Adilla.

"kenapa Dilla..cakap Idah,kenapa Dilla."suruh Mustakim lagi.

Belum sempat Haidah menceritakan tiba2 doktor Zaidah keluar dan meluru kearah mereka.

"cik Idah,dan semua nie pasti keluarga Dilla kan."

Mereka semua mengangguk kerana menanti sesuatu yang doktor Zaidah hendak sampaikan.

"saya doktor Zaidah,doktor pakar tumor otak dan sayalah yang sedang merawat cik Adilla sekarang."jelas doktor Zaidah.

Mustakim dan keluarganya benar2 terperanjat bila doktor Zaidah menerangkan keadaan yang dialami Adilla.

"pakar tumor otak??Dilla..Dilla..sakit lah sekarang nie." ibu Mustakim pula bersuara.

Doktor Zaidah menceritakan segala2nya dan sekarang ini Adilla telah melahirkan bayi kembarnya dengan selamat.Seorang lelaki dan seorang perempuan.Keadaan bayi2nya sihat walaupun sewaktu dilahirkan baru berumur 7 bulan Cuma keadaan Adilla yang semakin tenat.Setelah mengetahui segala2nya,mereka semua meluru ke bilik wad dimana Adilla ditempatkan.

Haidah benar2 kecewa dan sedih kerana sedari awal dia tidak berterus-terang dengan Mustakim mengenai Adilla.Tetapi dia juga serba salah kerana dia telah berjanji untuk merahsiakan.

Sebaik mereka masuk ke bilik Adilla dan melihat keadaan Adilla yang benar2 pucat,lemah dan tidak berdaya,mengalir airmata mereka semua yang memandang.Adilla telah pun sedarkan diri tetapi masih bergantung kepada oksygen.Tangan Adilla melambai2 memanggil kesemua yang datang.

"kak Dilla..mengapa gini,kuatkan diri yea kak.Idah mahu terus bersama2 kak Dilla."raung Haidah tidak tertahan.

Adilla menghulurkan sepucuk surat kepada Mustakim kerana dia tidak lagi boleh berkata2 dengan keadaannya yang semakin lemah ini.Surat itu telah ditulisnya 2 hari yang lalu.

Mustakim membukanya dan membaca perlahan-lahan.

"Abang,maafkan Dilla kerana Dilla tidak dapat menjaga abang lagi kerana Dilla tidak berkesempatan untuk menjaga abang.Dilla minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki sekiranya Dilla pernah bersalah kepada abang.Satu perkara yang selama ini Dilla pendamkan adalah Dilla benar2 menyintai abang sepenuh hati abang.Mungkin jodoh kita tidak di dunia ini.Seperkara lagi maafkan Dilla lagi kerana merahsiakan tentang kehamilan Dilla.Hanya zuriat ini penyambung kasih dan cinta Dilla terhadap abang."

Airmata Mustakim mulai bergenang dikelopak matanya dan titis demi setitis ia mulai jatuh membasahi pipinya.Mustakim mengenggam erat jari jemari Adilla dan Adilla hanya mampu memberi isyarat senyuman yang hambar tetapi tetap manis.Mustakim menyambung kembali membaca surat Adilla.

"Ibu..Dilla tahu walaupun Dilla telah membohongi ibu,ibu tetap sayangkan Dillakan!!Ibu,sebelum Dilla memejamkan mata ini Dilla harap ibu dapat tunaikan satu permintaan Dilla.Terimalah Haidah kerana dia telah menjadi menantu ibu juga.Abang Mus dan Haidah telah menikah dengan kehendak Dilla.Tolonglah ibu..izinkan Dilla pergi dengan tenang.Maafkanlah segala dosa2 Dilla pada ibu dan terima kasih ibu kerana sudi menjadi ibu kandung Dilla.Dilla sayangkan ibu,semua yang Dilla lakukan adalah kerana cinta dan kasih Dilla pada ibu."

Ibu mertua Adilla mengusap2 dahi Adilla dengan linangan airmata yang berjurai2 jatuh dari kelopak matanya.Adilla merenung ibu mertuanya begitu mendalam berharap ibu mertuanya menerima permintaan terakhirnya.

"hati Dilla begitu mulia sayang,maafkan ibu juga yea Dilla.Ibu brjanji Dilla,ibu akan penuhi permintaan Dilla..ibu berjanji!!"ibu mertuanya tidak dapat menahan sebak didadanya lagi.

Adilla memberikan senyuman yang makin terukir dibibir pucatnya.Hatinya terasa begitu lega sekali.Mustakim menyambung lagi.

"ayah,Dilla tahu ayah memang ayah yang baik dan tenang sekali.Terima kasih kerana menjadi ayah Dilla dan membesarkan Dilla dengan penuh kasih sayang.Maafkan Dilla kerana tidak dapat menjaga ayah bila ayah sudah tua nanti."

Ayah mertuanya mengangguk perlahan menunjukkan kepada Adilla bahawa dia benar2 sayangkan Adilla dan airmata mulai jatuh kepipi bila melihat keadaan Adilla.

"dan Haidah,sekiranya kak Dilla sudah tiada lagi sudilah menjaga anak2 kakak yea.Berilah kasih sayang dan bila mereka sudah besar nanti tolonglah beritahu mereka apa yang ibu mereka lakukan adalah demi kerana cinta seorang ibu kepada anak2nya.Kakak berterima kasih kepada Idah kerana sanggup menjaga kak Dilla selama ini.Dan..maafkan kakak jika kakak bersalah pada Idah selama ini.Seperkara lagi berikanlah nama2 ini kepada anak2 kakak...
kalau lelaki berikan nama Muhammad Hakim dan perempuan berikanlah nama Nurardila."
Haidah benar2 tidak dapat menahan sebak didadanya lagi lalu memeluk erat Adilla.

"kak Dilla jangan gini kak,Idah dah benar2 sayangkan kak Dilla..janganlah tinggalkan kami."seru Haidah dengan linangan airmata yang bertubi2 jatuh membasahi pipinya.

Adilla terasa sebak dan cuba untuk menahannya tetapi airmatanya tetap menitis keluar.Lebih memilulan Ardilla tidak dapat melihat wajah2 anak kembarnya yang masih berada di ICU kerana lahir tidak culup bulan.Tetapi hatinya dapat merasakan bahawa anak2nya cukup kuat dan pasti akan dapat membesar dengan sempurna.Tiba-tiba nafas Ardilla tersekat-sekat dan Mustakim mendekati Adilla lantas berbisik ke telinga Adilla.

"mengucap Dilla..mengucap sayang."suruh Mustakim sambil membacakan kalimah syahadah ke telinga Adilla.

Mulut Adilla terkumat-kamit dan dengan tenang dia menutup kedua2 belah matanya.

"Dilla..Dilla.."panggil ibu mertuanya sambil mengerakkan sedikit tubuh Adilla.
Tiada sahutan dari Adilla.Ternyata Adilla telah kembali ke rahmahtullah dengan cinta yang disemai disaat2 akhir hayatnya.Adilla tetap gembira sekurang2nya dia telah memberikan dua zuriat sekaligus kepada suaminya yang amat dicintainya.

Hari berganti hari
Bulan Berganti bulan
Tahun berganti tahun
Kini hampir 5 tahun Ardilla "pergi"..namun kenangan itu akan sentiasa terpahat didalam hati Haidah dan Mustakim.

"Hakim..Ardila..jom kita balik sayang!!Minggu depan kita datang lagi melawat pusara ibu yer"panggil Haidah dengan lembut sekali.

Kedua2 anak kecil itu terus menerpa kearah mama Haidah.Biarpun anak2 kecil itu tidak lahir dari rahimnya,Haidah teramat menyayangi mereka.Semuanya demi Ardilla.Andai Ardilla sanggup berkorban nyawa untuk melahirkan permata ini,dia juga sanggup berkorban masa dan tenaga untuk menjaga permata ini.

Haidah yakin dia dapat memberikan kasih sayang yang sebaik mungkin demi kerana cintanya terhadap Ardilla dan Mustakim.Kini cintanya semakin tebal dengan kehadiran Hakim dan Ardila.

Mereka bertiga meninggalkan kawasan pusara dengan hati yang penuh dengan keinsafan dan esok masih menanti untuk meneruskan hidup DEMI KERANA CINTA.


Hassan Al Banna : Semarak Perjuangannya Masih Terasa

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan jasa yang ditaburkan. Inilah yang dapat diperkatakan mengenai keperibadian tokoh As Syahid Imam hassan Al Banna. Walaupun telah 54 tahun Almarhum meninggalkan kita semua, namun perjuangan dan kegigihannya dalam menegakkan kembali Islam di bumi Mesir tetap kukuh bersemadi dalarn hati sanubari masyarakat Islam hingga ke hari ini.

Tanggal 12 Februari 1949 meninggalkan sejarah hitam dan pilu bagi masyarakat Islam khususnya pejuang-pejuang agama. Pada tarikh itu dunia Islam kehilangan seorang ulama dan mujahid yang menjadi pelopor dalam mengembalikan kegemilangan Islam ke kemuncaknya. Pemergiannya yang tidak diduga merupakan suatu pembunuhan kejam hasil konspirasi musuh-musuh Islam yang berselindung di sebalik Raja Farok, pemerintah Mesir pada ketika itu.


Imam Hassan Al Banna telah dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al Mahmudiya yang terletak di daerah al Bahriyyah, Iskandariah, Mesir. Beliau berasal dari sebuah keluarga Ulama yang dihormati dan terkenal kerana begitu kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam. Mujahid Islam ini dibesarkan dalam suasana keluarga yang merendah diri dan hidup dalam keadaan yaug serba sederhana.

Hassan al Banna merupakani anak sulung daripada lima beradik. Ayahnya, Syeikh Ahmad ibn Abd al Rahman al-Banna. adalah seorang ulama, imam, guru dan pengarang beberapa buah kitab hadis dan fikah perundangan Islam, yang berkelulusan dari Universiti Al Azhar Mesir. Beliau dikenali sebagai seorang yang bersopan santun, pemurah, merendah diri dan tingkah laku yang menarik. Namun beliau hanya bekerja sebagai pembaik jam di desa al Mahmudiya untuk menyara keluarganya. Masa yang selebihnya digunakann untuk mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al Quran dan hadis kepada penduduk tempatan.

Sebagai seorang ulama, Sheikh Ahmed Abdu Rahman al Banna mempunyai perpustakaan yang agak besar di rumahnya. Beliau menghabiskan sebahagian masanya mempelajari Sunnah Rasulullah dan membincangkannya dengan rakan-rakan di kedai dan di rumah. Hassan al-Banna juga sering menghadiri dan mengambil bahagian dalarn perbincangan tersebut. Pertemuan ini memberi kesan yang mendalam kepada pemikiran, wawasan dan yang penting perwatakannya. Ketokohan, keilmuan dan keperibadian Syeikh Ahmad al Banna diwarisi oleh Hassan al Banna.

Sifat kepimpinan Hassan al Banna terserlah sejak beliau masih di sekolah rendah. Beliau menjadi pernimpin Badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-lkhwan al- Hasafiyah. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudiannya memainkan peranan penting dalarn penubuhan Ikhwam Muslimin

Keluarga Hassan Al- Banna begitu tegas dalam mendidik anak-anak berdasarkan ajaran Islam. Hal ini menyebabkan beliau telah menghafaz Quran dalam usia yang begitu muda dan telah memasuki Pusat Latihan Perguruan. Selepas tiga tahun di sana beliau mendapat tempat pertama dalam peperiksaan akhir. Beliau telah memasuki Darul Ulum di Kaherah pada awal usia 16 tahun kerana kebijaksanaan dan ilmu pengetahuannya yang luas.

Semasa di Kaherah, Hassan al Banna terdedah dengan pergolakan parti politik dan aliran-aliran menentang Islam yang dicetuskan oleh gerakan Kamal Ataturk. Parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular kebanyakannya bertujuan melemahkan pengaruh Islam. Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jamaitul Makram a;-Akhlaq yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hassan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat perhimpunan orang ramai.

Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain..

Menubuhkan lkhwan Muslim

Pada Mac 1928, dalam usia 23 tahun, Hassan al-Banna beserta adik dan lima orang sahabatnya berkumpul di rumahnya dan bersumpah untuk hidup dan mati kerana Islam. Di rumah itu jemaah Ikhwan Muslimin telah ditubuhkan. Pada ketika itu beliau baru mendapat ijazah dari Darul Ulum serta berkhidmat sebagai guru bahasa Arab di salah sebuah sekolah di bandar Ismailiyah.

Ketika ditanya mengapa beliau melibatkan diri dalam kerja kerja dakwah, Hassan al Banna dengan tegas menjawab, ia hanya Allah yang tahu berapa malam kita menghabiskan masa untuk memikirkan masalah Ummah, pada peringkat mana mereka telah melaluinya dan kesakitan dan keperitan yang telah mereka lalui. Dan kita merenung sumpahan yang dikenakan atas kesakitan yang dilalui oleh Ummah. Kesukaran dan kepahitan yang dilalui oleh mereka mungkin berakhir dengan munajat dari kita sernua.

Setelah berkhidmat selarna 19 (tahun dalam bidang perguruan, beliau meletakkan jawatan pada tahun 1946 untuk menyusun kegiatan dakwah yang berkesan dalam masyarakat di bandar. Pengalaman ahli jemaah yang dikumpulkan sekian lama menjadikan Ikhwan Muslimin sebuah gerakan yang berpengaruh.

Di dalam buku "Letter To A Muslim Student" (FOSIS,1995) kedinamikan Ikhwan Muslimin dijelaskan: Pencapaian Hassan al Banna yang paling membanggakan ialah kernampuannya membangunkan organisasi yang canggih dan berjaya menterjemahkan wawasannya dalam kehidupan sebenar. Ikhwan bukan sekadar pertubuhan yang berasaskan sosial, politik atau kumpulan agarria tetapi lebih dari itu.

Menurut Dr. Muhammad Karnal khalifah, Pensyarah di Universiti Cairo melalui mukadimah buku Ikhwan Muslimin dan Masyarakat Mesir, kemunculan Hassan
Al Banna yang mendapat inspirasi dari Jamaluddin Al Afghani dan Muhammad Abduh, serta menjalani aliran rakyat melahirkan golongan mukmin yang sebenar-benarnya melalui pengajian dan pembelajaran untuk menyebarkan akidah yang sahih, kefahaman yang betul dan menyeluruh tentang Islam dan sistemnya. Beliau berjuang bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita tersebut. Usaha beliau ini amat dikagumi masyarakat Mesir sehingga Islam kembali kepada kedudukan yang sewajarnya dalam masyarakat.

Dalam usia yang muda, Hassan al-Banna dikagumi kerana penyampaiannya yang jelas dan terang apabila menyampaikan khutbah di masjid. Beliau dapat meyakinkan para pendengar dengan kebenaran yang dibawa, matlamat dan keikhlasannya. Beliau mampu meyakinkan golongan intelektual dan orang biasa.

Berdasarkan kepimpinannya, Hassan al Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad, seterusnya melaksanakan cita cita perjuangan dengan tegas.

lkhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas Perang Dunia Kedua apabila pertubuhan ini turut bertanding dalam perebutan kuasa politik. Para penentangnya menyifatkan Ikhwan Muslimin sebagai negara di dalam negara. Sehingga tahun 1934, Ikhwan telah menubuhkan lebih 50 cawangannya di Mesir. Pertubuhan ini telah menubuhkan beberapa buah sekolah, masjid dan kilang. Pada penghujung Perang Dunia Kedua, lkhwan mempunyai lebih setengah juta pekerja yang aktif dan setengah juta penyokong (sesetengah sumber menyebut sekitar 3 juta). Lebih 3000 cawangan kesernuanya telah wujud di Mesir dan 50 di Sudan dihasil-kerja Ikhwan yang melangkaui batas negara.

Dalam satu jawapan yang diberikan oleh wartawan barat terhadap dirinya yang bertanyakan siapakah dia, Hassan Al Banna menjawab, saya adalah pelancong yang mencari kebenaran, dan insan yang mencari erti kemanusiaan di kalangan manusia, dan warganegara yang inginkan kemuliaan, kebebasan, kestabilan, hidup yang baik untuk negara dan berjuang untuk menaikkan Islam.

Malah, kerajaan British telah menjemput Hassan al Banna ke kedutaan mereka untuk minum teh. Beliau dipuji kerana perwatakannya yang baik, kerja-kerja kebajikannya untuk membantu anak-anak yatim dan janda. Malah pegawai atasan British menjelaskan bahawa dunia sangat fragile dan Mesir perlu dibangunkan sebagai negara yang moden dan makmur.


Pengharaman Ikhwan Muslimin dan Pembunuhan Hassan AI-Banna

Pengaruh Ikhwan Muslimin yang kuat amat dikhuatiri oleh Kerajaan Mesir di bawah Noqrashi Pasha dari Parti al-Safdi. Pada 8 November 1948 Beliau telah mengharamkan Ikhwan Muslimin atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sumbangan Ikhwan Muslimin menghantar beribu ribu orang pejuang dalam perang menghadapi Israel seolah olah dinafikan. Kesemua cawangannya yang berjumlah lebih 3000 diarahkan supaya dibubarkan. Sekiranya masih beroperasi, mereka akan dikira sebagai pertubuhan haram, pelampau dan pengganas. Unit-unit tentera Mesir dan tentera Ikhwan Muslimin yang berjuang di Palestine dipanggil balik. Berbagai-bagai tuduhan dan fitnah dilemparkan terhadap Ikhwan Muslimin. Anggota-anggotanya ditangkap, dimasukkan ke dalam penjara, di seksa dengan teruk, malah ada yang dibunuh. Apabila seorang wartawan bertanyakan Hassan al-Banna tentang pengharaman itu, beliau menjawab, apabila kata-kata diharamkan, maka tanganlah yang akan menggerakkannya. Begitu mendalam kata katanya.

Tidak lama kemudian Perdana Menteri Mesir telah dibunuh dan Gerakan Ikhwan telah dipersalahkan atas kejadian itu. Pada bulan yang berikutnya harta benda pergerakan itu telah dirampas dan beribu ribu orang beliau telah disumbatkan ke dalam penjara.

Dengan alasan untuk mengendurkan (mengurangkan) ketegangan (konflik) antara Ikhwan Muslimin dan kerajaan, pihak kerajaan menjemput Hassan al-Banna untuk berunding bertempat di Pejabat Jam'iyyah al-Syubban al Muslimin. Sebenarnya jernputan itu hanyalah sebagai helah untuk membunuh beliau.

Pada 12 Februari 1949 jam 5 petang, Hasan al Banna bersama iparnya Abdul Karim Mansur, seorang peguam, suami kepada adik perempuannya berada di pejabat tersebut. Mereka menunggu Menteri Zaki Ali Basya yang dikatakan mewakili kerajaan untuk berunding, tetapi malangnya Zaki Ali Basya tidak kunjung tiba.

Akhirnya setelah selesai menunaikan solat Isyak mereka memanggil teksi untuk pulang. Ketika baru sahaja menaiki teksi yang dipanggil, dua orang yang tidak dikenali menerpa ke arah teksi dan salah seorang daripada mereka terus melepaskan tembakan pistol. Mereka berdua terkena ternbakan itu. Iparnya itu tidak dapat bergerak akibat terkena tembakan tersebut. Walaupun terkena tujuh tembakan, Hasan al-Banna masih mampu berjalan masuk semula ke pejabat Jam'iyyah al Syubban al-Muslimin memanggil ambulans untuk membawa mereka ke hospital.

Setibanya di hospital Qasral 'Aini, mereka dikawal rapi oleh Jeneral Muhammad al-Jazzar dan tidak membenarkan sebarang rawatan diberikan kepada Hasan al Banna. Pada pukul 12.50 tengah malam, Hasan al-Banna menghembuskan nafas yang terakhir akibat tumpahan darah yang banyak.

Pengurusan Jenazah (part paling menyayat hati)


Pada pukul satu pagi pihak polis menyampaikan berita kematian kepada ayah Hasan al-Banna dengan dua pilihan: Pihak polis akan menghantarkan jenazah ke rumahnya untuk beliau menjalankan urusan pengebumian pada jam sembilan pagi tanpa sebarang perhimpunanj, jika tidak menerima tawaran pertama itu, pihak polis sendiri terpaksa membawa jenazah dari hospital ke kubur tanpa beliau melihat jenazah anaknya itu.

Ayah Hasan al Banna menerima pilihan yang pertama. Sebelum fajar menyingsing, jenazah as-Syahid dibawa ke rumahnya di Hilmiah al-Jadid dengan sebuah kereta yang dikawal rapi oleh polis yang lengkap bersenjata. Di sekitar rumahnya juga terdapat polis dan tentera berkawal dengan rapi. Mereka tidak membenarkan sesiapa pun menghampiri kawasan tersebut. Jenazah Almarhum dibawa masuk ke rumahnya secara tidak ada orang yang melihatnya dan tidak ada yang mengetahui masa ketibaannya.

Sheikh Ahmad Abdur Rahman, ayah Hasan al-Banna yang sudah berusia lebih 90 tahun itu dengan penuh kesabaran memandikan dan mengapankan jenazah anaknya yang baru berusia 43 tahun itu seorang diri. Setelah diletakkan ke atas pengusung, beliau memohon pihak polis mencari beberapa orang untuk mengusungnya. Tetapi pihak polis ruenjawab, biarkanlah orang-orang perempuan tolong mengusungnya.

Polis tidak membenarkan sesiapa datang ke rumah tersebut untuk mengucapkan takziah dan tidak dibenarkan membaca al-Quran. Ayah Hasan al-Banna tidak dapat berbuat apa apa lagi. Beliau dengan tiga orang perempuan terpaksa mengusung anaknya itu menuju ke Masjid al-Qaisun untuk disembahyangkan. Pihak polis lebih dahulu telah pergi ke masjid memerintah orang-orang yang ada di situ supaya meninggalkan masjid. Sheikh Abdur Rahman seorang diri menunaikan solat jenazah ke atas anaknya itu. Kemudian mereka meneruskan pengusungannya menuju ke perkuburan untuk disemadikan jenazah Almarhum.

Pada waktu itu usia Hassan Al-Banna baru mencecah 43 tahun. Anak bongsunya telah dilahirkan pada hari yang sama isteri Hassan Al-Barma menamakannya "Esteshhaad" yang bermaksud syahid.

Pembunuhan Hassan al-Banna adalah satu perancangan pihak istana dengan arahan Raja Farouk dan Perdana Menterinya Ibrahim Abdul Hadi. Sebab itulah tidak ada sebarang tindakan ke atas penjenayah dan orang yang terlibat. Kes pembunuhan ini walaupun telah dibawa ke mahkamah beberapa kali, tetapi telah ditangguhkan. Pertama kali dibawa pada masa pernerintahan Perdana Menteri Ibrahim Abdul Hadi. Kedua, pada masa pernerintahan Perdana Menteri Husin Sari. Ketiga, pada zaman pernerintahan Perdana Menteri Mustafa al Nahhas Basya.

Pada 23 Julai 1952 satu revolusi telah tercetus. Raja Farouk terpaksa turun dari singgahsananya. Berikutan itu, kes ini dibuka semula. Penjenayah ditangkap dan pada 2 Ogos 1954, Koperal Ahmad Husin Jad dikenakan hukuman penjara seumur hidup dengan kerja berat.

Pemandu kereta, Sarjan Major Muhammad Mahfuz Muhammad dikenakan hukuman penjara 15 tahun dengan kerja berat. Major Muhammad al Jazzar dikenakan hukuman satu tahun penjara dengan kerja berat.

Sejak pembunuhan terhadap Hassan al Banna, ramai pendukung Ikhwan Muslimin yang telah ditindas dan dizalimi. Namun tindakan tindakan tersebut menyebabkan pertubuhan itu bukan sahaja semakin bertambah kuat di Mesir, malah telah mengembangkan sayapnya di negara-negara Arab. Kebangkitan Islam yang berlaku di negara Arab pada hari ini sebenarnya secara tidak langsung bertitik tolak dari Gerakan Ikhwan Muslimin,

Tegasnya, Hasan al-Banna merupakan seorang pejuang yang gigih dan berani, berjaya menyedarkan masyarakat dengan fikrah dan pendekatan barunya dalam gerakan dakwah dan manhaj tarbiahnya yang syumul. Walaupun beliau telah pergi menemui Ilahi, namun fikiran dan gerak kerjanya masih menjadi rujukan dan pegangan pejuang pejuang dan harakah Islamiah pada hari ini.

Monday, 25 June 2012

Hati membara



"Wahai semua umat Islam di Malaysia..cam betui2 muka yg dok tgh berucap tu..itulah si bangsat Hu Pang Lan Chow Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas Pusat yg mempermainkan kalimah Allah..yg secara terang2 menyebut bhw dia bimbang neraka yg dicipta oleh Allah x muat krn org2 Islam UMNO akan msk neraka..si bangsat ini jgk menghentam Tan Sri Syed Mokhtar iaitu satu2nya org Islam di Malaysia yg termasuk dlm senarai top ten jutawan Malaysia..apa tujuan dia menghina dn mnghentam Tan Sri Syed Mokhtar kononnya mnjadi kaya akibat mnjadi kroni kpd UMNO? jelas si bangsat ni sgt anti kpd org Melayu Islam yg berjaya mncapai taraf sbg jutawan..knapa dia langsung x mmpertikaikan jutawan2 cina yg lain? si bangsat ini jgk mnghasut supaya rakyat jgn simpan duit di dlm bank krn bank akan muflis sbb tan Sri Syed Mokhtar berhutang dgn bank..cb renungkn kembali bgmn pemodal2 berbangsa cina di Indon yg mngeluarkan wang2 simpanan mereka drp bank2 di Indon pd thn 97 dl..si bangsat ini jgk turut mengecam tabung Haji dlm bahasa cina..akhir skali dia mmberikan sepatah pepatah cina yg bermaksud..jJIKA MAHU KERA TURUN DR POKOK,TEBANGLAH POKOK ITU..renungkan dlm2 mksud pepatah itu..apakah makna pokok dn kera itu..inilah akibatnya jika kita umat Islam bersengketa..cauvinis cina spt si bangsat Hu Pang Lan Chow ini sewenang2nya mmpersendakan agama dn maruah bangsa kita"..( Sumber - FB )



     Sakit hati bila ada orang cakap Pak2 Lebai blh tersenyum bl dgr ceramah saudara Hu Pang Lan Chow...Bermacam2 tohmahan d lemparkan kpd penyokong PAS gara2 ucapan saudara ni...  Aku sebagai orang PAS bukan bodoh nak terima bulat2 mana2 ucapan y jelas2 nak menjatuhkan Islam.... Aku harap ada pimpinan PAS y tampil menyelesaikan isu ni agar penyokong PAS tdk d copkan sesat....... Betul cakap sesetengah orang PAS itu bukan agama tapi PAS akan cuba pastikan ISLAM hidup d Malaysia....






Berdosa Jika Pilihanraya Dilaksanakan Sewaktu Musim Haji

Oleh
Multaqa Asatizah & Du’at (MURSHID)

Kami, selaku pendakwah dan asatizah telah dan kerap ditanya berkenaan isu mengadakan pilihanraya sewaktu musim haji. Justeru itu, sebagai respon kepada pertanyaan tersebut, pihak Multaqa Asatizah & Duat (MURSHID) dalam mesyuarat yang lalu berpendapat seperti berikut :-

Di dalam system demokrasi, pilihanraya dan proses pengundian adalah ibarat suatu mahkamah besar bagi memilih siapa yang lebih layak diberikan amanah memerintah, maka sewaktu sistem demokrasi dijadikan panduan dan diterima oleh majoriti rakyat, tugas terbesar kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah memastikan semaksima mungkin penyertaan rakyat dalam pilihanraya, justeru kempen untuk pendaftaran pengundi mestilah dipertingkatkan kecanggihannya dan dipermudah di seluruh tanahair. Rakyat Malaysia selaku pengundi layak yang berada di luar negara perlu di jamin hak mereka agar boleh mengundi melalui kaedah yang berkesan lagi dipercayai.

Kami juga bersepakat bahawa Pilihanraya dan proses pengundian TIDAK BOLEH atau HARAM dilaksanakan sewaktu musim perayaan dan ibadah umat Islam khususnya musim haji yang mana berpuluh ribu pengundi dan petugas haji sedang berada di luar Negara.
Sekiranya pilihanraya tetap dilakukan di musim haji, itu merupakan suatu pengkhianatan terhadap amanah dan sistem pemilihan. Ini adalah kerana proses pengundi adalah suatu proses KESAKSIAN.

Firman Allah :
وأشهدوا ذوى عدل منكم ..(الطلاق: 2)
Mafhum : “Bersaksilah dengan mereka yang adil dari kalangan kamu”( At-Talaq: 2)

Juga Firman Allah :
وَلاَ يَأْبَ الشُّهَدَاء إِذَا مَا دُعُوا
Ertinya : Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil ( Al-Baqarah : 282)

Dalil-dalil di atas menunjukkan, apabila kita berada di dalam suatu situasi atau keadaan sistem yang memerlukan mereka yang bermaklumat memberi kesaksian demi memberikan keputusan demi keadilan, mereka adalah dikira sebagai saksi yang diharamkan untuk menolak dari memberikan keterangan dan kesaksian.

Dalam konteks pilihanraya, rakyat sebenarnya bertindak sebagai SAKSI sama ada untuk menyokong atau menolak mana-mana calon yang bertanding. Justeru, SEKIRANYA pihak berkuasa memutuskan pilihanraya akan dijalankan pada musim haji, ia adalah suatu tindakan yang akan menghalang rakyat dari keluar menunaikan tanggungjawab mengundi.

Jika seorang saksi TIDAK DIBENARKAN untuk menolak tanggungjawab memberi kesaksian, maka tentunya DIHARAMKAN juga bagi pihak ketiga untuk menghalang saksi dari memberikan kesaksian seperti sengaja mengadakan sesi perbicaraan ketika saksi berada di luar negara.

Justeru, setiap individu yang mempunyai hak dan berkelayakan memberikan kesaksian samada di mahkamah, termasuk kesaksian dalam bentuk mengundi sewaktu pilihanraya, tidak dibolehkan untuk sengaja menyembunyikan kesaksian atau dinafikan hak dan ruang memberi kesaksian termasuk oleh pihak berkuasa sekalipun. Firman Allah Ta'ala :

وَلَا تَكْتُمُوا الشَّهَادَةَ وَمَنْ يَكْتُمْهَا فَإِنَّهُ آثِمٌ قَلْبُهُ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ
"Maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa hatinya dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Al-Baqarah :283)

Akhirnya, kami menyeru pihak berkuasa agar teguh menjalankan amanah yang terbaik buat rakyat bagi mereka menjalankan tugas dan amanah selaku pengundi yang perlu memberi penyaksian parti dan calon yang dipercayainya. Kami yakin, pihak berkuasa tentunya bijak dalam memutuskan keputusan dalam hal ini.

Sekian dari kami,
1. Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi)
2. Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
3. Dr. Zahazan Mohamed
4. Dr. Maszlee Malek
5. Dr. Abd Basit Abd Rahman
6. Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar
7. Dr. Khairuddin Aman Razali
8. Dr. Sukki Othman
9. Ustaz Roslan Mohammad
10. Ustaz Zamri Zainuldin
11. Ustaz Mohd Nidzam Abd Kadir
12. Ustaz Imam Muda Asyraf Ridzuan
13. Ustaz Izhar Ariff Mohd Kashim
14. Ustaz Aizam Mas’ud
15. Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman
16. Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil
17. Ustaz Syed Mohamad Nurhisham Tuan Padang
18. Ustaz Ramadan Fitri Elias
19. Ustaaz Abdullah Bukhari Abd Rahim
20. Xifu Naseer Abd Rahman