Tuesday, 23 October 2012

Kepada Panganggur, " Don't Give Up"

 http://your-billboards.values.com/24810/small/fail%20fall%20cry%20even%20die%20but%20don%27t%20give%20up%20motivational%20wallpaper.jpg


      

              Syukur Alhamdulillah Ya Allah.... Dalam satu hari aku dapat 2 interview and I got one of  that job... Walaupon dapat keje biasa2 ja, its ok... Sekurang-kurangnya, akan menjadi titik permulaan kepada aku untuk aku dapat keje y lebih baik... Dengan pengalaman y aku ada, peluang untuk mendapat kerja y lebih baik cerah.... Biar la orang nak kata apa, y penting aku tahu hidup aku... Interview y pertama dgn LHDN dan y kedua dgn Kedai Motosikal... Aku harap gak dpt LHDN.. Walaupon keje sambilan, at least bila dah kat bawah LHDN, senang la aku nak minta keje tetap nnti... Setahun lebih aku menganggur.... Usah tanya la perasaan masa tu, sgt sedih...  Tgk kwn2 lain dah pakai kete.. Y aku ni masih terhinjut2 cari keje.... Bila2 d pk2 balik, x perlu la nak  jeles sgt kat diorang... Diorang hbs SPM je terus keje.... Y aku ni, hbs SPM sambung Diploma pastu Degree.... Biar Lambat Asalkan Selamat... Y penting nasihat aku, " Don't Be Give Up". Rezeki Allah kat mana2... Insyallah...  Berpuluh2 permohonan aku hantar tapi senyap je.... Sedih tu memang la.... Ada satu masa tu sampai aku dah give up, tapi nasib baiklah ada mak aku.. Dia y selalu nasihatkan aku ..... Doa ialah senjata terbaik orang mukmin .... So, gunakanlah senjata y ada tu dgn sebaik-baiknya.... Memang la orang cakap, ada kabel blhla.... Tapi kuasa Allah mengatasi segala-galanya.....  Kalau kabel panjang mana pon, selagi Allah x izinkan, ia tetap x akan berlaku.... Teruskan Berusaha, Y Terbaik Untuk Kita....

- Juga pesanan Untuk Diri Sendiri-

Friday, 19 October 2012

Takziah Buat Khyril Muhymeen


                Takziah kepada Khyril Muhymeen Zambri kerana bonda beliau telah meninggal dunia malam tadi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar....Semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang beriman .... Kepada sahabat-sahabat, sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah kepada bonda KM18..
Al-Fatihah...

Monday, 15 October 2012

GLOBAL IKHWAN.. SESATKAH????

  
 Sebenarnya jauh d lubuk hati aku, aku sgt2 mengagumi al-arqam / Rufaqa / Global Ikhwan...Kenapa???? Klu d lihat balik, ekonomi diorang hebat, semangat dakwah diorang pon tinggi, ukhuwah antara jemaah sgt rapat..... Pendek kata hebat2 belaka la....Cuma sayang, aqidah diorang terpesong ckit ( Cuba lihat post aku sebelum2 ni fasal kesesatan mereka )... d sebabkan kekaguman itulah, semenjak 2 menjak ni aku asyik search fasal diorang.... FB anak2 Abuya aku korek2 untuk mengetahui perkembangan diorang sekarang.... Kat bawah ni cite fasal Global Ikhwan ( Nama sekarang ) y aku dapat dari blog seorang sahabat.... Teruskan membaca ye...


"Al-Arqam adalah antara pertubuhan ajaran sesat yang paling lama hayatnya di Malaysia. Pertubuhan sesat ini mampu bertahan sebegitu lama kerana kebijaksanaan pemimpinnya mengatur strategi. Lihat sahaja, apabila Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan pertubuhan itu pada 5 Ogos 1994, kerana ajarannya bertentangan dengan akidah dan syariah Islam, maka berkali-kali mereka melakukan penjenamaan semula demi kelangsungan hayatnya. Di Tukar nama kepada Rufaqa dan terkini dikenali sebagai Global Ikhwan.

Jadi, sebagai umat islam, kita usah terkeliru sebab, apa sahaja nama yang digunapakai mereka tetap sama, iaitu sesat dan merosakkan akidah. Mereka tetap mendewa-dewakan insan yang sama, iaitu Syeikh Muhamad As-Shuhaimi, Asaari Muhammad dan Hatijah Aam. Inilah 'Tuhan-Tuhan' mereka.

Sila tonton Klip video di bawah dan nilailah sendiri betapa sesatnya ajaran yang dibawa oleh penganut agama Global Ikhwan. Kesesatan yang membatalkan akidah:


 



Intipati Klip Video di atas ialah:
  • Ashari Muhammad atau Abuya telah dinaikkan taraf sebagai Nabi dengan gelaran Rasulullah Saidi Abuya. Jika sebelum ini Ashari Muhammad hanyalah dianggap sebagai Imam Mahdi, namun sesudah mati beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Rasulullah. Mulia sungguh Abuya ni, bayangkanlah Seniman Agong P.Ramlee setelah meninggal dapat gelaran Tan Sri jer, tapi Abuya dapat gelaran Rasulullah Saidi Abuya...
  • Pengajaran penting dari klip video ini ialah kita perlu memerangi kumpulan Nasyid Shoutul Ikhwan tajaan Global Ikhwan sebab mereka adalah kader-kader ajaran sesat yang cuba melebarluaskan ajaran sesat tersebut menerusi nasyid.

  • Kita juga perlu memboikot Hotel RSA yang beroperasi di Jalan Sri Cemerlang Kota Bharu kerana kemungkinan ia dimiliki oleh penganut ajaran sesat Global Ikhwan."
         

       

Thursday, 11 October 2012

Mukmin Sejati - Hasnul diwani



- Lagu y bisa buat kita menangis menginsafi diri-

Coral Speaking Terbaek




Pakai Tudung Perangai Teruk

         "Eleh...ingat pompuan y pakai tudung tu baik sgt ke.... Kadang2 pompuan y pakai tudung ni perangai lbh buruk dr y x pakai"..... Kata2 ni selalu kita dgr kan.... d sebabkan perangai seseorang tu, tudung d salahkan.... Ni cek nak habaq ckit la noh, pompuan y pakai tudung ni b'usaha untuk taat perintah Allah.... (Ko ade????)  B'usaha untuk jadi y lebih baik... Semua orang mempunyai perangai buruk masing2.... suka mengata, x suka tegur orang, memfitnah, malas dan macam2 lagi la....  Klu seseorang tu berusaha untuk taat kpd ajaran agama insyaallah, orang tu jugak akan berusaha untuk mengubah perangai buruknya tadi ...

           Satu lg nak habaq ni..... Orang y pakai tudung ni dpt pahala besar sebab dah menunaikan kewajipan sbgai muslim...  So, bila dia berperangai buruk, Allah akan tolak sedikit pahalanya.... Kalau nak d bandingkan dgn y x pakai tudung tp baik orangnya, cube pk.... Budak ni dah dpt dosa besar sbb satu drpd tanggungjwbnya kpd agama tdk d tunaikan.... Tp pahala y dia dpt sebab berperangai baik tdklah sebesar pahala untuk orang y memakai tudung... 


                          Pahala Orang y pakai Tudung >  Pahala Orang y Buat Baik
                          Dosa orang x pakai tudung     >  Dosa orang y x berbuat baik


          Cuba kita tgk sabda nabi:
          
  Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang   bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu dia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (HR At-Tirmidzi)

p/s : Klu ada y salah tolong tegur ye^^

Thursday, 4 October 2012

Kain Terkoyak!!!

Amekkaw.... gelakkan orang padahal kain sendiri pon koyak rabak!!!!

       Jangan asyek nak cari kesalahan orang laen ye sedangkan diri sendiri pon byk buat salah...  Ni kisahnya macam ibu ketam y ajar anaknya berjalan lurus la ...

Vblogger Mat Luthfi

          Beberapa minggu lepas sepupu aku ada cite, masa kat perhentian tapah, anak perempuan dia ada nampak mat Luthfi... Apalagi, berlari2 la anak dia tu sebab nak tgk Mat Luthfi... Dapat tgk @ x itu aku x pasti... Pastu dlm keta time balik, anak dia dgn xcitednya cita fasal mat luthfi kat sepupu aku ni.. Mati kutu la sepupu aku sebb dia x kenal pon sape Mat Luthfi... Tapi last2 sepupu aku tau jugak sapa Mat Luthfi.....  Macam ni la anak2 zaman moden katanya.....

           Sape2 y x kenal g Mat Luthfi, ni la dia...


Cerita Arif Waziff


         Apa y berlaku petang tadi benar2 bagi pengajaran kat aku... Alkisahnya, aku bawak la anak sedara aku p kedai petang tadi....Pas tu ada budak sekolah kat kedai tu, dia jadi malu n x nak jalan...  Aku pon buat2 la tinggalkan dia... ala tinggalkan pon x la jauh sgt, cuma satu tapak je... Aku ingatkan dia nak lari dptkan aku tp rupa-rupanya dia lari ke arah jalan besar.... naik terkejut aku.. dah la ada kereta time tu  ...  apa lagi, aku cepat2 lari dapatkan anak sedara aku tu... Naseb baek aku cepat.... Klu x, nauzubillah, x tau la aku nak cakap... Masa anak sedara aku tu lari, ada mak cik sorang ni menjerit... Ye la, mesti m.cik tu pon terkejut...  Tu pon naseb baek aku parking jauh ckit dari jalan... Kalau la aku parking depan kedai, alamatnya, haish.....  Kepada kita y dewasa ni, berhati-hati la ye bila bawak anak2 kecil kuar....  Mereka tanggungjawab kita....

Arif waziff

Ni la si nakal tu:)













Monday, 1 October 2012

Khusyuk dalam solat

                    Rata2 antara kita ni jarang khusyuk bila dlm solat......betul x?????  Apa penyebab kita x khusyuk dlm solat???? jawapannya syaitan..... Dalam solat la kita akan ingat barang y tertinggal, makanan sedap2, api dapur x tutup, kerja sekolah x siap lagi dan macam2 lagi la.....  Sbb tu orang ada cakap klu ada barang y hilang, dalam solat nnt kita akan ingat la kat mana  kita letak  barang tu... Itulah permainan syaitan y x henti2 nak sesatkan umat manusia....




 


Ni antara kaedah2 y kita blh pakai untuk kekal khusyuk dalam solat.....
                                     
 

Lagi 15 tip y mudah untuk kekal khusyuk dalam solat...

1. Mendirikan sembahyang pada awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak terlalu tergopoh gapah apabila masa hampir habisnya waktu sembahyang itu.

2. Hendaklah kita menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.

3. Untuk menjauhkan pemikiran tidak meliar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan solat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.

4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami, pengertian bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Hal ini kerana, bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang mendalam, halus yang patut diketahui oleh orang yang melaksanakannya.

5. Rukun-rukun solat hendaklah dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi/fokus (Khudunul Qolbih), menyedari bahawa Allah sedang memperhatikan sembahyang itu.

6. Rasa Malu (Haya’) perasaan malu terhadap Allah S.W.T., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah S.W.T.

7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah S.W.T menerima solat dan amal kita.

8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

9. Mendirikan sembahyang secara berjemaah (sangat digalakkan).

10. Mengambil wuduk dengan sempurna (ambillah perkara yang sunat sekali).


11. Membesarkan Allah S.W.T dalam solat, merasakan kehebatan Allah S.W.T dalam solat.

12. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran. Serta elakkan penggunaan sejadah yang mempunyai lambang salib, kadang-kadang ia mengelirukan.

13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan,kaki dan juga mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari. Sah sembahyang itu, jika kita melihat tempat-tempat lain. Cumanya, pahala akan berkurang dan orang di sekeliling akan mula pelik, dan tertanya-tanya. Mungkin cabaran buat yang sedang sembahyang, tiba-tiba digigit oleh nyamuk.

14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.

15. Sebolehnya elakkan memakai pakaian yang bergambar,berwarna-warni, bertulis, ada lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah. Contohnya,”Eh, baju Machester United tuh, kira satu geng dengan aku tuh”. Kan dah hilang fokus!!


- Ada jugak kadang2 tu tgk orang solat macam nak berlari je....Laju bebeno-